Get your ow
n diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

10:34 a.m. - 2010-05-10
Family saya yang pelik ( I )

Kita rasa kita ni dari family baik-baik dan terhormat. Iyalah bila banding dengan bebudak pempuan kampung yang ada belum nikah dah bunting, nikah tak sampai 9 bulan dah beranak, bolehlah kami merasakan yang kami ni bagus. Kami mengharap yang mai masuk keluarga kami pun yang bagus-bagus juga.

Namun malangnya so far alahai…mostly adik-adik sepupu tersangkut dengan yang seksi-seksi dan lepas laku blaka. Macam orang puteh-puteh blaka. Memang masing-masing kulitnya putih-putih melepak belaka. Orang kata belum apa dabe lagi alahai dah berpeluk-peluk sakan tunjuk dalam FB kunun kamilah pasangan paling romantic dalam dunia ini.

Saya memang dibesarkan dalam keluarga yang ultra konservertif, typical Malay. Me myself fikir there’s nothing wrong with it. Tapi mungkin adik-adik saya fikir ia tidak lagi sesuai, kita kena lebih loving dan lebihkan touching-touching dan peluk-peluk macam orang puteh tu. Ntahlah saya pun tak brapa kisah sebenarnya ko nak bertouching2pun. Mungkin rasa meluat ini mungkin cemburu, kalu aku hada pun haku bikin macam itu juga, atau mungkin psikologi, persekitaran saya yang kekampungan. Orang kampung memanglah rasa tak selesa dengan cara orang puteh. Ada diantara kami yang taksub percaya cara orang puteh semua tak elok, sesat dan boleh membawa kita ke neraka.

Saya sendiri pun tak tau adakah cara orang puteh tu bagus, atau cara nenek-nenek kita yang bagus. Saya tidak mau terlalu terganggu memikirkan sangat dengan hal ini. Ikut cara kampung, langsung tak lakulah pula. Banyak pantang larang, itu tak boleh hini tak boleh. Dari tak laku terus, baiklah jual murah-murah, boleh dibawa peluk2 walau belum bernikah. Bukan semua perempuan ini tabah, sabar dan cekal, mampu mengharungi hidup seorang diri. Kalu setakat kerja kerani macam saya ini, kalu tak betul-betul ikat nafsu, (nafsu berbelanja dan besopping eh) tak mampu nak hidup sorang-sorang.

Kat sini saya nak tulis satu cerita yang klako. Ini pasal bila kita dah berkumpul-kumpullah ni. Saya ini bolehlah consider kolot. Normaly dulu dalam family kami, kalu lelaki perempuan, suami isteri balik kampung, lelaki duduk dengan lelaki, perempuan duduk dengan perempuan. Tak de eh, laki-bini duduk berenjut-enjut berdua-dua. Itu culture keluarga kami. Namun generasi adik-adik saya sudah tidak begitu lagi. Mereka akan duduk loving-loving dengan pasangan masing-masing.

Salah seorang mak cik saya berbisik pada saya, antara bisik-bisiknya “amboi manjanya mereka berdua tu, tak tau malu eh” saya cume senyum-senyum sumbing aje. Sepulang saya ke rumah sendiri dan bila saya hanya berdua dengan ibu saya, saya pun cakap sama ibu yang makcik saya cakap begitu-begini.

Saya cakap “ dia tak tinguk anak gambar, update-update anak-anak dia dalam FB lagi ka mak?”
Mak saya jawab selamba “makcik ko tu bodoh tak reti internet, mana dia tau apa anak dia posing, apa anak dia cakap dalam internet tu”

“aik takkan mak itam tak tunjuk kat dia?”

“Makcik ko tu kan baru baik sakit. Nanti kalau tunjuk, terperanjat, sakit balik macam mana? Kat sana bil hospital mahal, bukan macam sini. Kat sana tu sekali masuk aje ribu-ribu, kena bayar”

Ha ha ha…

So pada ibu-ibu yang berbulu menengok anak-anak muda yang loving-loving tak kira tempat… bawa-bawalah buka akaun FB dan jadi friends pada anak-anak korang. My mum, eh ibu saya selalu juga scan profile FB sepupu-sepupu walau dia tak ada akaun FB. Dia tengok melalui akaun sayalah. Saya sengaja mendedahkan FB kepada ibu saya agar dia taklah pot-pet-pot-pet sangat. Saya juga selalu bilang… “janganlah mengata anak orang sangatlah mak, mana tau orang bisuk-bisuk pun 2x5 aje. Jodoh tak boleh cakap mak, kalu dapat jenis, passionate, terbuka, semua nak share. Jenis suka bercerita dan tak reti malu, macam tu…”

Apapun tak kira apa bangsa mat salleh ka, Iban ka, Cina ka, India ka, Kadazan ka, apa pun culture kita, kita patut saling hormat-menghormati. Kebanggaan dan kesukaan pada satu culture bisa saja dianggap sesuatu yang memalukan dan mengelisahkan pada culture yang lain. Kalau culture keluarga saya tak berapa senang dengan peluk2 berlebihan, buat ajelah macam tak kenal-kenal, walau rasa gatal nak mampus nak berpeluk2. 2, 3 hari bila makcik-makcik penuh serumah, tahan diri buat macam biasa, tak buleh ka? Hah balik rumah sendiri, atau bila makcik-makcik kampung ni semua dah berambus nak tongang terbalik, buatlah.

Tapi biasalah emak-emak ini lebih suka senyap balik blakang mengumpat. Ntah saya sendiri pun malas nak layan perempuan-perempuan yang depan cakap lain, blakang cakap lain. Kalu kita yang menyampai itu ini, begitu begini, nanti dikata-kata “ha patutlah tak laku-laku, suka sangat jaga tepi kain orang. Hah dia jeleslah tu, kalu dia ada, dia pun buat macam kita juga, benda sedap, jangan nak membebellah perempuan anak dara tua” Nanti depan anak dia dia cakap, “anak dara tu memang jahat mulut, cakap tak guna otak.” Dia anak beranak berbaik, kita yang nampak jahatnya dan lebih-lebih.

Namun sesungguhnya saya rimas dengan bisik-bisik mereka. “hey why don’t you tell them it is un acceptable to act like that in kampung instead of tak sudah mengata-ngata?” Atau kita langsung tak berani nak menegur, waima anak sendiri kerana kita malu nanti dikata-kata kita ini kolot dan tak sporting lagi ketinggalan zaman. Atau mungkin kita bimbang nanti anak menantu langsung mau balik rumah, tak mau balik kampung. Nanti kita rindu. Mungkinlah tu.

To my mom, ibu saya, selamat hari ibu… dan tentu emak suka lagu Rafeah Buang yang antara liriknya

Udang sama udang
Masak lemak dalam kuali
Bujang hai sama bujang
Orang tua yang makan hati…

Cuma I guess kita tukar bujang itu kepada muda. Dan udang jadi kuda

4:48 p.m. - 2010-05-09
Frankly Speaking @ being brutally honest

I’m busy doing phone call, following up calllah regarding our revival project. Actually projek ni dah lama terbengkalai. It was said that, the previous developer has been cheating the buyer. Went bangkrupt, then happily tanpa rasa bersalah cabut macam tu saja. Orang kata dia sekarang happily cruising kat Afrika. Wallahualam.

So adalah developer baru yang nak revive the thing kasi jalan. Offcoursela we will wonder, macam mana new developer nak top up balik segala duit, muit yang dah dikapur habis oleh previous developer. New company ni, charity company ka? I dare not cakap apa-apalah sebab saya hanya digaji untuk buat apa yang patut. Will the old purchaser akan jadi mangsa untuk kesekian kalinya? Ada aku kisah? ha ha ha… brutel hah. Ha macam itulah dunia hari ini. Memang brutel. Mana-mana pun sama. Kalau tak tahan baik bunuh diri saja. Not surprisinglah kalau ramai yang pilih jalan kehancuran seperti dadah, merempit, pelacuran, arak, main atau jadi Ratu Video lucah, dan lain-lain kegiatan tak bermoral sebagai excapism sebab dunia ini terlalu harsh dan brutel untuk kita lalui dengan tabah dan tenang.

Alhamdulillahlah sebab purchaser-purchaser rata-rata berhemah dan berbudi. Tak de lah marah-marah macam orang gila. Hanya satu dua aje yang brutel. Yang sioknya siap ada puji yang saya ini good girl ha ha…eish, apalah yang baik, saya pun tak tau. Nyonya tu kata saya is “Frank Speaker, good girl” I took it as a complement yang sangat menyenangkan hati dan menaikkan esteem diri dan menggembirakan, lagi memberikan semangat untuk menghadapi lagi 2 paper killer subject yang akan saya ambil Isnin dan Selasa ini.

Saya ialah saya, saya tak taulah apa itu frank speaker… tapi saya tahu, ada orang benci kalau kita being frank and being brutally honest. Masa saya kerja kat pejabat pelajaran dulu, ramai cikgu-cikgu dan pegawai-pegawai tak suka sama saya sebab sikap straight forward inilah. Saya pernah dinasihati agar cakap berlapik. Kalau tak boleh pun jangan cakap straight forward tak boleh. Itu kurang ajar namanya. Saya disarankan untuk belajar lagi agar pandai berkomunikasi dan berbahasa. Itulah sebabnya sekarang ini saya macam orang bodoh pergi campur dengan budak-budak sebaya anak kat MMU ni. Periuk nasi kita. Kita bukan orang kaya, orang senang lagi berpengaruh. Orang kata belajar, belajarlah kita, walau kita rasa susah nak mampus, dah tua-tua nak mengingat balik segala tok nenek formula macam budak-budak muda, gaji plak tinggal separuh aje dan hari Sabtu Ahad kena kerja sebab nak top up hutang rumah, hutang kereta.

Jadi hari ini saya memang terharulah bila Nyonya tu kata being frank is good. Saya akan terus jadi frank speaker sebab saya tak pandai cakap lenggang lenggok. Cuma sekarang saya sudah pandai, kalau orang itu tak boleh ditegur secara frankly. Kita wat bodo ajelah.

Tapi hari ini sebab dapat booster dari Nyonya tulah hagaknya saya telah melezer seseorang. Dua orang sebenarnya yang saya tak taulah apa penerimaan mereka. Saya berani lazer sebab mereka itu pangkat anak, pangkat adik. Sapakah mereka? Coursemate saya dan juga rakan Facebook saya. Jika anda membaca catatan ini, anggaplah I’m brutally honest with you guys because I care. And I believe orang yang dekat di hati saya bukanlah kangkong-kangkong lembik yang terus kiok, mampus dengan kata-kata madah berlezer dari saya.

Trust me, some people they crit-lazer you because they care. I tak taulah pula ada orang crit because they hate, or wish you dead. Dalam kata lain you became the subject of their sharp laser-tongue not because they hate you but they wish you well, and they want you to be successful that all.

5:58 a.m. - 2010-05-05
Kitalah yang sebenarnya membentuk persepsi anak kita tentang agama

Memanglah saya ini orang Islam dan Islam saja yang betul. Walau bagaimanapun Islam dia ni pada saya tak ridgid. Hanya pada tauhid, sembah Allah. Dalam urusan duniawi, ikutlah sistem yang baik, selari dengan syarak, adil, tak berat sebelah, oklah tu.

Setau saya dalam urusan pentadbiran, Nabi tak pernah larang sahabat-sahabat mengambil contoh baik dari tamadun terdahulu temasuklah Rom dan Parsi. Bahkan ada sahabat yang jadi terkenal kerana mengkaji dan mengsimplyfykan tulisan-tulisan ahli-ahli falsafah dan pemikir bukan Islam seperti Aristotle dan Plato.

Pada hari ini orang barat, orang bukan Islam mendahului dalam bidang urusan keduniaan. Mereka ini bukan Islam dan asas kejayaan mereka adalah membuang agama dari urusan mereka. Kita panggil secular. Sekolah kita pun sekolah secular. Saya amat terkejut bila saya terdengar ada budak-budak bergaduh dan berejek-ejek kunun yang satu pihak itu jahanam kerana sekolah secular. Tak sekolah agama. Saya juga terkejut bila ada seorang anak gadis marah-marah dan menyalahkan ibu bapa kerana menghantar dia belajar dan di sekolah secular. Dia percaya dirinya jadi liar dan tak terkawal sebab sekolah secular. Jika mak ayah dia hantar sekolah agama, dia jadi baik.

Saya selalu terfikir adakah pendidikan secular menjadi punca masalah kita pada hari ini?

Semalam Aidit bikin hal. Dia tak mau mengaji. Ish kalaulah budak tu anak saya, memang dah kena libas dengan rotan. Saya memang pantang kalau budak tak mau mengaji dan malas nak pergi sekolah agama. Tapi saya perhati mak dia (dengan abang dan kakak dialah) mak dia tak berapa kisah pun. Kalau ponteng sekolah agama tak apa. Sekolah agama aje. Lulus sekolah agama pun bukan boleh bawa masuk university pun. Sekolah agama setakat darjah 6 ajekan. Boleh kerja apa dengan sijil sekolah agama? Ambil mudah hal agama. Dia ingat mengaji tu mudah. Setakat khatam 30 juzuk, bila-bila pun boleh khatam. Dah pencen baru nak belajar mengaji pun tak pe. Ramai apa muallaf, orang tua-tua pegawai kerjaan pencen, dah tua-tua baru panggil ustaz nak belajar alif ba ta?

Sebenarnya dari kelakuan macam inilah anak akan terkeliru dan terpercaya yang agama itu tidak penting, atau agama hanya untuk orang tua-tua yang dah pencen aje. Quran untuk looser yang tak ada kerja. Quran untuk tarik orang bagi sedekah. Kita kerja kuat kat opis kita guna computer, kita bukan guna Quran. Kita tak boleh merasai apa kepentingan Quran dalam kerja-kerja harian kita. Itu sebenarnya mentality kita. Adakah ini acuan dari secular? Dulu masa saya kecil pun mak dan makcik saya di kampung pun lebih risaukan kita tak lulus SPM dari tak lulus sekolah agama. Adakah mak dan makcik saya yang tak sekolah dan tak tau apa ism diguna pakai dunia pun terpengaruh dengan sekularisme?

4:24 a.m. - 2010-04-28
Misteri Dusta Wanita

Ini sambungan cerita pasal saya berkerat rotan dengan coursemate saya. Dia pernah merenyuk, marahkan saya sebab saya memuji ada budak lagi satu. Dia kata saya sokong sapa, dia atau budak tu. Saya pun sendiri tak faham apa yang dia cakap. Lantak kolah. Saya tak ambil port dan anggap itu semua sebagai generation gap. So kalau tak nak berkonflik mudah jangan berkawan dengan budak kecik. Abeh cerita, lega kepala Jadi saya memang sangat kagumlah dengan mereka terutama cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah saya yang sanggup dan sabar meledani perangai budak kecik yang pelbagai dan penuh misteri.

Namun, mungkin saya ini semulajadinya suka menspiko analisa orang. Satu kegemaran yang saya tak tahu saya ada dan saya sangat malu bila diberitau akan hal itu. Nak bagi tau emellah, bagi tau dalam internet, orang lain boleh baca, kita malulah. Kita malulah, nama aje ada boleh analisa psiko, tapi diri sendiri tak laku-laku. Malu weh sebab setau saya analisa psiko ni diguna secara meluas untuk lakukan barangan, melariskan orang politik. Macam APCO International melakukan UMNO/BN. Kalau boleh nak hentikan jam-jam tu juga perangai ini. Kemahiran psiko analisa langsung tak de pekdahnya dan buat malu pada saya aje adalah.

Saya memang tak nak perati budak kecik tu walau perangai dia sangat eish menarik perhatian saya. Sebab dia menarik, maka saya tertarik untuk menulis lebih lanjut pasal dia. Dia sebenarnya tak menarik, tapi benda yang berlaku pagi tadi saya fikir menarik untuk saya coretkan di sini.

Ok ceritanya begini, kan dia marah saya berbaik dengan budak lagi satu tu, surprise, surprise pagi tadi dia sangat mesra dengan budak itu. Dulu dia selalu kata budak tu pengacau, mengacau dia study, dia tak suka layan budak tu. Tapi hari ini lain pula. Ntah-ntah dia ini jenis yang depan cakap lain, belakang cakap lain, dia kawan tak pe kita kawan tak leh. Memang selamanya dia melayan budak tu. Kalau tak layan, kawan takkan keep on ganggu kita, dan merasa tak perlu hadir kelas, sebab ada kawan yang akan jadi cikgu no 2 bagi lecture diluar waktu kelas, tak gitu?

Pada saya, saya suka budak lagi satu tu. Hensem? Taklah hensem. Saya suka budak tu sebab dia kemas. Bukan kemas berpakaian, tapi kerja, tulisan dia sangat kemas. Exam answer sheet dia pun kemas nak mampus. Saya kalu take home tutorial, take home Quiz, bolehlah aku nak kemas-kemas, itu pun kena salin semula the original solution. Kalu exam answer sheet aku nak kemas…hampeh, separuh kemas bulelah. Saya fikir dia semulajadi can be a good accountant kalau dia rajin. Orang kata, memang sinar akauntan tu memang ada pada muka dia. Dia juga seorang yang tenang dan tidak mudah resah. Orang kata born to be an accountant gitu. Gifted.

Saya sendiri manusia peresah, untuk jadi setenang sekarang, bukanlah satu proses yang mudah. Jujur saya katakan saya masih mengalami keresahan bila saya menyemak kerja-kerja yang berserabut dan tunggang langgang. Dulu saya suka mengomel untuk mengurangkan stress, tapi bila usia dah meningkat, takkan nak terus mengomel, lagi pun mengomel sangat tidak kena dengan imej kerudung labuh saya maka terpaksa banyak berzikir dan beristigfar untuk saya mengekal composure yang sepatutnya.

Untuk tenang ini, saya sebenarnya terpaksa menebalkan muka, menceritakan masalah saya pada cikgu tajwid saya yang pernah jadi Imam masjid Putra. Malulahkan nak cerita perangai buruk sendiri, sebab masa pergi ngaji baik aje, pijak semut pun tak mati, tapi masa berkerja mengomel yang ntah apa-apa tahkan. Kalau saya rasa nak mencarut, saya mencarut aje. Tak kisahlah ko sapa, OCPD? bekas DO? Aku peduli hapa, bikin tuntutan macam ntah hapa tah. Lepas dapat mencarut tu rasa sedap gitu, especially kalu dapat mencarut ada sorang pengarah perempuan tu. Dah dia punya demand, perangai mengada-ngada mengalahkan sundal, so??? Memang sedaplah kalau dapat mencarut satu, dua baris ayat. Rasa sedap dan nyaman tu agaknya senyaman lepas orang senggama orgasm kut rasa sedap tu. Fadhilah Kamsah kata pengaruh hormone endrophin dalam darah??? Nyaman, cool, sejuk. Tu semua cerita masa zaman jahiliah, zaman belum dapat nur, cahaya hidayah, zaman belum tau endorphin boleh juga terembes tika khusyuk bersolat.

Ternyata saranan cikgu ini memang sangat berkesan, bila eish alamak bila ada auditee yang kata hullamak saya ni cool ha ha ha…cet podah chi, aku cool???? Biar bonar. Kalaulah dia tau saya ada rasa nak cincang-cincang dia bikin gulai masak lemak? Tak delah. Exaggerates aje tu. Masa saya mengaudit tu saya rasa sangat gembira sebab Daerah Jasin semua ok. Jadi sekolah-sekolah lain dari daerah lain yang bermasalah, dokumen terkuncilah, kerani tak mai, emergency leavelah, jadi macam kelakarlah pula. Alahai cikgu, klakaunya ko punya excuse.

Ok berbalik pasal budak yang tenang ni tadi. Alahai berbahagialah ibu bapa yang memiliki kamu sebagai anak. Dia ok aje, menurut aje.. Baik betul budak ni. Jadi saya fikir tak de sebab kita nak benci dia walau sebesar hama pun. Alah pasal dia selalu tuang kelas. Itu dia punya pasallahkan. Saya yakin satu masa bila dia dah masuk akal, dan ada rasa untuk berjaya dia akan buang sikap malasnya itu. Mungkin dia macam saya yang selalu rasa kecukupan. Tapi bila ada satu benda berlaku yang memaksa kita untuk rasa tak cukup, automatic kita akan cuba perah potensi kita at an optimum level gitu. Saya percaya masanya akan sampai juga.

Berbalik pula pasal budak yang lagi satu ini. Budak ini saya tak tau apa masalahnya. Pembohong. Dengan saya cakap lain, dengan orang lain cakap lain. Kita ada lagi seorang coursemate. Coursemate yang terpandailah kiranya. Saya no 2 pandai aje. Budak ini selalu resah dan bencikan coursemate terpandai, bila dia suka tanya-tanya. Kira antilah gitu. Saya pun kengkadang terimas dengan tanya-tanyaan budak tu seolah bukan nak menanya, tapi sebenarnya nak mengorat lecturer. Biasalahkan lecturer cantik-rupawan, salahkan kalau ada anak murid yang tergila bayang sekejap? Salah ka kalau kita terhave a crush on dengan cikgu kita sendiri? Kalau kita boleh berulang kali terhave a crush on bintang-bintang Hollywood, Hong Kong dan Bollywood, apa salah crush dengan bintang-bintang MMU, Uniten, UiTM, UM, UMS dan UUU yang sewaktu dengannya? Alangkah terkejutnya bila ada budak lain sampaikan pada saya dia suka cakap macam ni “hah itulah boyfriend akak”

Jadi apa nak cakap? Hah kalau ada budak perempuan kata dia tak suka, dan bad mouth-bad mouthkan budak lelaki yang pada kita baik, ok jah apa masalahnya? Memang sah perempuan itu berdusta. Kenapa mereka berdusta? Itu masih menjadi misteri kepada diri saya.

5:04 p.m. - 2010-04-27
Rapik Raban pasal Gila

I)
Saya tau BN menang melalui internet semalam. Honestly saya rasa sangat syukur, sebab sebelum tu memang PKR mendahului BN seperti yang dilaporkan oleh RTM dalam berita perdana pukul 8 malam. Masa tu saya dah cuak dan doa dalam hati biarlah BN. Kalu kalah malulah. Apapasal saya malulah pula? Memang sebenarnya saya taklah malu dan tak kisah pun kalau BN kalah, tapi kalau BN memang hai sedaplah hati saya. Kenapa? Sebab sebelum buang undi saya ada meleser Malaysiakini dot com. Jadi kalu BN menang idaklah mereka (kengkawan yang anti Tun M) ketawakan saya.

Mutahir, sejak tahun 2009 -2010 ni saya memang sakit hati betul dengan Malaysiakini. Saya benci betul bila wartawan dia, yang saya kata kawan saya tu, kawan yang sempatlah juga bagi hadiah fitna untuk saya, suka beno mengata kunun Haji Hadi jeleskan Anwar gitu-gitu. Haji Hadi ada simpan perasaan negetiflah gitu. Sebelum dia jadi wartawan Malaysiakini, dia dah kata PAS main aci-aci dengan Anwar jah. Nak tunggang Anwar jah.

Saya sakit hatilah dia cakap macam itu, sebab ayah saya orang PAS, saya sendiri dididik dalam suasana Islam. Jadi bila dia cakap macam itu, dia cakap apa sebenarnya? Dia cakap kurang hajarlah tu, dia memburuk-burukkan dan menghina kami sebenarnya, dia pun tak sedar. Saya pun tak taulah sapa bapak dia. Yang saya perasan pernah mengaku dalam update FB sesedara dia orang politik pembangkang jugalah. Orang politik. Orang kata orang politik ni ada set of conduct dan set of moral yang tak sama dengan kita. Iyalah ayah saya ahli biasa saja.

Namun apa pun orang nak kata, saya tetap nak percaya Haji Hadi tak macam apa yang mereka cuba gambarkan. Saya lebih senang percaya yang Haji Hadi macam ayah sayalah. Kalau kawan means kawan. No such thing as tunggang dan lepas tu tendang kawan. Cubalah bayangkan perasaan saya bila orang kata-kata orang yang saya percaya sama baik dan lurus macam ayah saya gila kuasa, opportunis, manipulator, pembelit yang sanggup membelit kawan sendiri?

Tentulah saya sakit hati bila orang tua-tua yang ikhlas digambarkan seolah bernafsu nakkan kuasa dan glemer. Itulah yang saya selalu kata-kata jangan masukkan perasaan anda dalam perasaan orang lain, sebab tak semua orang sama rasanya. Mana buleh disamakan perasaan orang alim yang wara’ dengan orang muda biasa-biasa aje. ie Mana buleh kita samakan orang bernafsu mutmainnah dengan orang yang bernafsu amarah. Nak samakan orang mutmainnah dengan orang nafsu lahwahmah pun tak boleh.

II)
Anda dibesarkan dalam keluarga yang suka bagi hadiah dan bertukar-tukar hadiah. Kalau tak bagi hadiah kamu saling bertukar duit. Mak anda bagi duit pada sepupu kamu, terkadang tu, mak sepupu anda ambil duit tu yang sama, bagi pula pada anda. Sambil mak dia bisik-bisik “mak pinjam dulu, mak tak de duit kecik” Tak kira musim raya, kalau tak raya pun, kalau ada pakcik mak cik mai singgah rumah, atau anda menyinggah dan menghabiskan bekalan makanan mereka berhari-hari, hari terakhir anda nak berangkat pulang pasti anda diberi duit tambang bas Melaka-Muar dan duit jajan yang bolehlah kalu setakat nak makan rojak dan ABC atau minuman berkabonat memang lepaslah gitu. Bila anda dah kerja dan ada duit poket sendiri, anda bagi pula duit pada cucu-cucu merekalah pula. Jadi amalan turun-temurunlah gitu.

Keluarga anda memang macam itu. Bila anda sekolah, kawan-kawan anda pun macam itu juga. Anda dikelilingi dengan orang yang macam gitu. Satu hari masa anda dah berkerja, anda pergi berkursus kat Bagan Lalang sana, kat Penang. Anda sangat sukakan makanan orang sana terutama sambal belacan tomatonya. Mereka kata acar, tapi pada anda ia tetap sambal belacan sebab acar yang mak anda selalu bikin, campur cuka atau asam gelugur bukan belacan. Tak kisahlah, hari-hari anda sangat suka makan nasi bersama ikan kering, kurma daging dan acar tomato ni sehinggakan plan awal anda memilih mendaftar ke kursus ini ialah nak kurangkan berat badan, jadi sebaliknya.

Dalam berkursus tu adalah kawan anda yang cantik rupawan mendapat hadiah dari jejaka tampan, fasilitator anda sendiri. Apa fikiran anda? Anda mungkin fikir hadiah itu tak lebih dari tanda penghargaan sebab kawan anda itulah bukan setakat cantik, tapi boleh berkawat dengan cantik sekali, boleh membuat rock climbing dan flying fox dengan cantik sekali, boleh membuat ikatan apa eh anduk??? Dengan kemas dan cantik sekali (i.e peserta cemerlanglah tu). Anda tentu merasa kaget bukan, bila ada peserta yang dah agak lebih berumur dari anda komen macam ini “orang lelaki kalau dia dah bagi hadiah tu memang sah hati dia dah angaulah tu”

Anda mesti rasa sangat terkejut dan kata dalam hati “apa barang, kalau setakat anak patung porselin Hello Kitty yang harganya bawah RM20- RM30 ringgit disamakan dengan ku gilakan kau? Masyaallah, murahnya nilai gila orang utara ni, atau akukah orang Melaka ni yang melampau mata duitan, sebab kita orang Melaka kalau gila edan, mabuk kasmaran antar cincin, paling koman pun cincin belah rotan kat umah mak bapak, biar cepat hilang mabuk dan gila tadi, supaya dapat gila lain pulak, yang lagi gaban tahap meroyan dan tak tentu harahnya ha!”

I dunno, mungkin bagi lelaki di Bagan Lalang yang mungkin seumur hidup tak pernah belikan perempuan apa-apa, patung Hello Kitty tulah agaknya cara dia memberi tahu “hati ku telah tinggal separuh, kau curi”

Entri no ii independent, tak de kene mengena dengan nteri yang atas. Sungguh. Cerita orang lain, orang pun lain.

11:19 a.m. - 2010-04-25
Silap pangkah

Mereka kata mereka lebih rela sengsara…Dulu mereka suka mengejek-ngejek, adalah sorang budak perempuan tu yang tergila-gilakan lelaki jahat. Ala macam cerita dalam Seri Tertangguh tulah, ha yang maknya kepada watak utama tu, Wan apa eh…. Mak si Wan ni terberkahwen dengan lelaki jahat yang hanya mau menggunakan kekayaan dia.

Bapak si Wan yang merupakan tempat meluah rasa mak si Wan nilah jadi Cina butenya bila suami pertama mak dak Wan terbagi talak 3 pada maknya. Maka melihatkan kawan itu separuh-separuh, maka mereka pun berpakat untuk Cina buta. Tapi ntah macam mana tah setelah membuat mak dak Wan mengandungkan dak Wan, mak dan bapa dak Wan tak mau berpisah, walau selepas itu bapa dak Wan ubah jantina. Merekakan best friend, best friend mana boleh pisah. Bercerai mungkin, tapi berpisah tidak sama sekali, sementalah best friend dah mengandungkan anak best friend sendiri. Maka jadilah dak Wan ini dibesarkan oleh 2 emak, instead of mak dan ayah macam kita-kita ini.

Ok enuf pasal dak Wan yang pelik tu. Hah, ini pasal orang yang suka mengejek-ejek perempuan bodoh tadi. Masa orang membatu-batu apikan perempuan bodoh itu agar tinggalkan boyfriendnya, perempuan itu tak kuasa. Nak tinggal no hal, tapi nak cari lain idaklah perempuan tu kuasa. Sebab ntah perempuan tu percaya, orang yang ronsen-ronsen suruh dia pasang baru, fikir, sejahat-jahat boyfriend dia, dan sebaik-baik lelaki baru pun baik lagi buayafriend dia yang dikata-kata jahat, penuh tipu muslihat mengalahkan muslihat dajjal itu.

Masa terus berlalu tak ada apa-apa benda berlaku pun, sebab cerita ini langsung tak wujud, hanya cerita khayalan orang-orang ofis yang kebosanan nak de benda/gossip happening yang berlaku untuk menceria dan menyuntik semangat dalam kehidupan mereka.

Cuma yang ada hari ini orang yang suka bergossip-gossip pula yang cakap mereka redha, mereka redha. Mereka idaklah tersalah pilih buayafriend yang disangka boyfriend, tapi mereka tersalah pangkah aje.

7:32 a.m. - 2010-04-20
Kisah orang nak menguling, tak terguling-guling, masih mengharap terguling...@ Obsessi Lelaki Gila

Kalu ko fikir cakap dia, memang ko rasa ok, not bad, bolehlah. Tapi hingga hari ini, ko mesti cakap dia dah gila, ops dah gila duka, lara, frust menonggeng. Apa cerita sebenarnya ni? Ini cerita pasal 3 penulis underground yang pernah berkerja sama menulis satu bukulah. Buku Puisi yang sangat provokatif lagi ambitious. Seorang dah give up jadi cikgu, tinggal lagi 2 orang. Mereka masih aktiflah dan bersemangat nak numbangkan kerajaan yang ada. Sorang tu dah macam suam-suam kuku, dah macam lalang pun ada. Sekejap nak masuk belah sana, tapi hati masih sayang. Nak masuk sebelah sana, hati sentiasa ragu, takut digigit ular dua kali. Pendiriannya mau harakah jangan bercampur terus, tapi kepala harakah fikir no parti in Malaysia is an Island with the exeption of Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Saya tak moh cerita pasal lelaki lalang dag dig dug ni, sebab saya hanya mengenali dia melalui tulisan dan cerita-cerita sepupu dan suami yang pernah belajar satu sekolah dengannya. Saya nak cakap, nak cerita apa yang lelaki yang lagi sorang ni pernah khabarkan kepada saya. Lelaki lagi sorang ni kata, “ala, orang amik Anwar tu sebab nak pengaruh dia aje, once kita dah dapat pengaruh, Anwar is out” Lelaki itu juga cakap, nanti dah berjaya, lelaki lalang tulah yang akan lead harakah mereka.

Saya fikir dia fikir saya ni macam perempuan-perempuan yang dia pernah kelentong. Saya pernah kerja dengan harakah, saya tau dan saya berani cakap, harakah are no better then their foe, as there’s no internal control at all in their financial management. They keep on telling people how un transparent their foe, but when come to their transparency, they too confident to think that they won’t gelap dan songlap as they are the utusan from Allah. They are more gemilang dan cemerlang then zaman gemilang Islamlah tu gamaknya. Gemilanglah tu, sebab Khalifah pun ada DIWAN, and khalifah Harakah they alls don't need any Diwan.

This fellow quit angry when I told him that his harakah pun 2x5 aje. I think very, the very the angry. He asked me how do you know. I told him, I’ve work for harakah once. Neh, neh, neh neh, of course this fellow don’t believe me. He keep on with wat is doing. And I think bagus juga tu, melak-melak dia boleh bawa perubahan.

However until today, harakah becoming worst then ever. Kepala harakah kena ntah macam-macam. In short kena jilat kembali ludah dialah. Kalu dulu dia ngata orang tu bla blab la, hari ini dia balik menjulang orang tu. Dia kata orang tu dah taubat. Iyalah tu. Tak kisahlah. Tapi semua tau, hari demi hari, harakah makin teruk, lebih teruk dari lawan mereka.

I pun wonder kenapa lelaki lalang tu tak terjun selamatkan kepala harakah. Kunun katanyala lelaki separuh-separuh ni hebat bebona, tapi ntah, ternyata ntah…tak de apa pun yang berlaku. Harakah masih dengan kengkawan baru dia, idak berganjak keluar dari pakatan seperti yang dikehendaki oleh lelaki separuh-separuh tu, dan idak nampaklah pula ada gerakan bawa keluar harakah dari pakatan baru. Kalu, kalu eh kalu benarlah cakap kawan dia yang konon lelaki separuh-separuh ini hebatlah lagi gitu sampai digandingkan berkuasa pengimbang Anwar Ibrahim, saya fikir sejak awal lagi harakah tidak akan bergabung dengan Anwar. Ntahlah…. Kita tengok ajelah.

Saya rasa lelaki separuh-separuh ni hanya hebat di luar Negara, aje kut. Tapi dalam Negara, idaklah boleh, layak dia melawan Anwar. Idaklah dia ada kekuatan untuk walk his talk. It’s not that he can’t walk it, but his talk is simply too big for him or sesapa kat Malaysia to walk it. Currently nobody’s big had the idea to bring harakah’s out/ to be isolated. It always bersama pakatan, or membuat pakatan dalam gelap. No third option, that is being isolated. Kita tengoklah mana tau tetiba lelaki separuh-separuh ni dapat bantuan ghaib, terus boleh walk his big talk. Kan kita di asuh agar tidak underestimate orang?

Ini bukan ntri nak melaga-laga, tapi saya suka gak kalu kepala harakah tu dapat diselamatkan dari terus terpaksa jadi budak kepada tuan-tuan yang tak sejalan dengan asas perjuangan mereka. Kalu harakah bersendirian idaklah perlu ia menjilat-jilat ludahnya semula dan bikin propa kunun orang tu, orang ni dah taubat. Iyolah tu dah taubat… sedangkan lelaki kawan kepada lelaki separuh-separuh nak buang tebiat hisap rokok pun susah…. Hah, nak lihat orang yang pernah diludah-ludahi itu jadi wali, buang semua apa yang selama ini sangat enak?

Ntahlah kengkadang tu memang saya rasa dia orang ni banyak meminta pada miracle mengalahkan nabi yang memang ada mukjizat itu. Islam agama realistic. Kalu ko nak macam ni, macam tu, usaha ko macam mana? Iyalah apa usaha, apa benda big bang yang dah berlaku untuk ko senang-senang kata orang macam Zaid Ibrahim tu dah taubat? Bagi dia menang jadi wakil rakyat Hulu Selangor boleh bikin dia jadi alim ka? Interesting juga kalu macam tu. Anyways yang bagi menang esok adalah gerakan ilham dari Allah kepada pengundi-pengundi di sana, jadi kita tunggu ajelah apa ceritanya ek.

One more thing dengan sekejap menjilat TPM, sekejap nak kata dia ni menjilat ka, menyindir bini PM, Sekejap mencili PM, bolehkah ko bawa keluar untuk ko bersihkan kepala harakah ko yang sendang bergelumang dengan yang dulu dia ludah-ludah dan kata barisan najis tu? PM tu tak payahla ko nak cili-cilikan, orang harakah ko memang ramai pandai menyili, cuma tak pandai nak selamatkan kepala ko aje yang kejap junjung/sokong orang yang dia kata taik, kejap lagi balik, heboh orang mengumpat mengata ada buat pakatan dalam gelap pula dengan kepala taik yang lain pula…aduh memang rosak, koyak rabak gak nantinya kepala harakah ko yang duduk di tengah-tengah tu..

10:23 a.m. - 2010-04-18
Kolotkah Kami?

Dulu ada perantara TV yang trademark dia bawa cermin. Dia kata cermin-cerminlah. Ntah apa yang dia suruh cermin pun saya tak tau. Hari ini saya rasa kita memang patut cermin kan diri kita sendiri. Hati saya la ni rasa hangat aje sebab selalu sangat mendengar, membaca kenyataan dari orang yang tak reti bercermin-cerminkan dirinya sendiri dan seberono mengata orang lain sebagai kolotlah, ntah hapa-hapa tah.

Yang bercakap tu alahai cerminlah status diri tu dulu. Itu pasal dulu saya memang segan tulis kat internet, tapi disebabkan hari ini saya banyak baca tulisan-tulisan orang yang rata-rata keluar university tapi tak reti nak ukur baju pada badan sendiri, saya pun dah tak jadi segan dah. Hah piak pilah depa, nak kata aku gila ka, obsess ka, tak kisah. Ko pun sama bahkan lebih teruk lagi dari aku.

Satu yang saya sangat menyampah ialah pihak-pihak, puak-puak Melayu-Melayu moden yang gian mempertahankan hak kebebasan beragama. Kita Melayu memang Islam, kita tak boleh beragama selain dari Islam. Itu yang nenek-moyang kita mau. Bapa-bapa, ibu-ibu dan datuk-datuk kita pun mau macam itu. Maka dalam perlembagaan kita, pembesar kita telah setuju untuk bikin ia jadi hitam putih agar generasi akan datang tak gatal-gatal mau tukar agama.

Kita sangat percaya kegelinciran akidah keturunan kita akan dipersoalkan sehingga tujuh keturunan. Nauzubillah jika ada di antara mereka yang murtad. Islam bukan untuk diri anda sahaja, tapi Islam untuk keseluruh 7 keturunan anda. Kita merancang, dan Allah tak pernah halang kita merancang. Kita merancang dan memikir bagaimana mau bukan saja akidah kita terpelihara, bahkan akidah keturunan kita jua tidak goncang dan goyah. Pemimpin kita yang terdahulu fikir dengan memasukkan perkara ini dalam perlembagaan boleh mengelakkan anak keturunan kita jatuh murtad. Salah ka? Kolot ka, jika majority kita akan bermati-matian mempertahankan perkara ini agar berkekalan?

Iya saya tahu hanya Ilmu dan amal saja yang 100% boleh menyelamatkan kita. Paper-paper, aku-akujanji ini semua sampah. Janji aje, tapi hati dah lama terpesong, nama aje Islam tapi perangai lebih hodoh dari bukan Islam, jadi baik terus murtad, tak gitu? Hujah ini memang ada logiknya. Dan iya saya memang setuju dengan hujah ini. Tapi perkara pokok bukan pasal itu, tapi pasal sama ada kita kekalkan perlembagaan kita atau kita mau ganti.

Benda senang kalu kamu dah tak suka Islam, kalau kamu rasa Islam itu menyusahkan, kamu berhentilah jadi Melayu. Kamu tukarlah bangsa kamu kepada bangsa lain. Atau kamu pergilah mohon jadi warga-negara bukan Malaysia. Habis cerita. Ini tidak. Nak jadi Melayu. Nak kuota Melayu, nak bumiputera status biar senang dapat projek kerajaan, tapi tak moh Islam. Itulah yang susah tu.

Lagi satu yang saya meluatnya tu, yang bercakap kononlah kita ini kolot, aik macamlah dia tu Islamik sangat. Saya tak kisah kalau yang mengeji kami yang merasakan survival keislamannya bergantung pada paper perlembagaan, itu setaraf macam Yusof Qardhawi ka, Syeikh At Tantawi ka, waima Nik Aziz ka yang memang kita tau tak pernah tinggal sembahyang, dekat dengan Sejadah dan Quran. Ini alahai…hai hai hai tak kuasa nak bikin dosa keringlah….tak kuasa nak beramboi-amboi mak mengata orang macam dah bagus sangat.

Hey I might be stupid, otak kosong, but I dunno wat to say. Umh I can consider myself a good muslim and I can guarantee if I were, ditakdirkan merantau, I can control myself. Pst… pst.. lots of my buddy told me that you’re a better muslim abroad then in Malaysia, I still do not dare to challenge what my ancestor and their leaders has already put on Paper as they think is good for us. Yup I do admit that, sometime I do think, “what Perlembangaan can do to safeguard our akidah huh? It just a piece of paper.” Stupid and funny isn’t it? However, my mother always told me to you love and respect our ancestor, the people who already suffer to make us like what we are today. And I believe my ancestor is not an ape like what the Darwinian believed.If you think that you're as savvy as the Darwanian, feel free to shit and piss on that piece of paper called Perlembagaan Persekutuan.

9:31 a.m. - 2010-04-12
Bubar dah....

Jika berlaku sesuatu perpisahan, perceraian, perkara yang biasa berlaku ialah permusuhan dan pegaduhan. Orang kata berpatah arang, berkerat rotan. Ada ka kes, lepas bercerai baik-baik semula? Itu pasal agaknya Nabi kita lebih mengalakkan kita bernikah dengan orang juah-jauh yang tidak ada pertalian persaudaraan. Selain dari kita menambah saudara, kita saling kenal-mengenal budaya dan keunikan orang lain seterusnya berkeizan dengan apa-apa yang molek di sisi Islam antara dua budaya tadi. Idak le kita jadi katak bawah tempurung.

Lagi satu kalau andai takdir sesuatu ikatan itu bubar idakle jadi putus sedara kita ni. Dia yang bercerai laki-bini, tak pepasal kita plak yang tak boleh datang raya rumah mak dia, rumah abang dia, rumah kakak dia… thus meng”short” lagi collection duit raya kita…bayangkanlah kalau mak dia beranak sedozen, satu rumah boleh dapat seringgit, ….. hai hai hai kan rugi tu?

Begitulah teruknya bukan. Mujurlah adik sepupu saya tak bertunang dengan sesedara kita orang. Saya tak marah tetiba adik saya berubah hati. For those yang follow tulisan terdahulu saya, pasti tau sebab kenapa adik saya berubah hati. Yang saya tak suka ialah wat took him so long to decide. Dalam saya bertanya-tanyaan itu, saya buka facebook, adik sepupu yang lain tag gambar raya kita oranglah pula.

So saya pun berkesempatan meronda pula blog kakak adik sepupu yang “gatal” ini tadi. Oh maka tahulah saya akan peri kedudukanya. Kakak adik sepupu ini pensyarah politeknik. Bukan saya nak merendah-rendahkan politeknik eh, tapi politeknik, is a politeknik. Politeknik produce a lawyer, an engineer, an accountant. They don’t produce a gentleman. Jadi memanglah agaknya kakak tadi terbawa-bawa memikirkan adik tadi itu student dia juga… ko dah amik multimedia, ko mesti jadi web designer dan yang sewaktu dengannya, tak buleh jadi yang lain. Ko dah tunang dengan si A, ko tak boleh nikah dengan si Blah pula.

Gitu-gitulah gamaknya kot. If only, he is my true brother, benda ini tak akan berlanjutan. The moment adik saya dah menggatal aje dengan orang lain, itu hari juga kita putuskan dengan yang dia dah tak gatal tu. Tak kisahlah bayar double, doublelah. At least kita tak mendera anak dara orang tertunggu-tunggu macam menunggu buah yang tak gugur. And bikin another dosa, memburuk-burukkan anak dara orang untuk membenarkan kelaku buruk bujang hensem kita. Bujang kita bukan sembarangan bujang tau. Orang kuat kat Pejabat Agama Negeri Melaka nilah juga. Semua orang panggil dia Ustadzzzz. Ko jangan memain. Sikit punya suci lagi tu.. Nak wat cam nor kan, masing-masing muka ada bayangan syurga diwajahnya ha ha ha…But who ever we are, we are human, and human make mistakes. Lagi pun kami muda-belia lagi bah, orang muda selalu gopoh. Dan nabi kata, setiap tindakan gopoh selalu disertai syaitan.

Kesimpulannya jika kita lebih open dan menerima hakikat hati yang berbolak-balik, manusia berubah, sesuatu hubungan cinta yang di pupuk bertahun boleh bertukar benci, justeru tidak berakhir dengan pernikahan sampai hendak mati di hujung jari, hendak berkubur di tapak tangan, banyak perkara yang tak nice boleh di elakkan.

Dan hakikat luka itu memang luka, bak kata pepatah, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut luka bercinta, jangan bercinta dengan jejaka idaman Malaya ada syurga di wajahnya macam adik saya tu…hu hu hu. Muka ustadz, ustadz memang menjadi dambaan ramai dan terhangat dalam pasaran uuuuu…

1:46 p.m. - 2010-04-10
The biggest move in my life

Last week I emel my cikgu said that I want to be with Dr Rohana Arriffin. As usual, I don’t know wat did he think, but I think apa saja yang saya nak buat dia tidak kisah. He’s sort of cikgu yang, he tell you that you got talent, after that ke mana, dengan sapa ko nak mengembangkan lagi bakat ko, bagaimana ko nak gunakan talent ko, itu ko punya sukalah. He won’t dictate wat do next, next, next. Yup macam itulah sepatutnya sikap seorang tenaga akedamik yang dinamik, berkesan lagi professional. Richard cikgu lama saya selalu kata, university produce a gentleman, then the gentleman decide wat he wat to be.

With this new cikgu saya dapati saya berbakat memikir, jadi saya rasa mau berfikir hal kewangan, perakaunan dan auditan. Saya rasa jika saya bersama kumpulan Dr Rohana bakat yang saya ada akan menjadi lebih subur. I wish one day my cikgu can also join us. I wish but not hope. I only wish.

Semalam kawan saya panggil boyfriend dia yang bikin Multimedia, tengok-tengokkan birthday e card yang kita dah bikin. Maklum lah kita orang akaun semua manalah pandai bermedia-media ini. Saya tunjukkan bahagian yang saya dah bikin. Boyfriend kawan tadi sangat impress dengan hasil kerja saya. Dia kagum sebab saya boleh master the flash skill dalam satu trimester saja. Dia even copy ecard saya untuk diperhalusi di rumah. Dia juga cakap “kenapa kakak tak ambil multimedia”

Saya bagi tau dia saya sangat sukakan accounting kerana seorang Carted Certified Accountant akan sentiasa menjadi buruan walau sudah lepas masa pencen. Lagi dah pencen, lagi orang cari. Yang saya tak bagi tau ialah bidang kewangan, perakaunan dan auditan kini adalah lebih mencabar lagi apatah lagi segala kerja dijalankan dalam persekitaran yang korupt. Dan sudah tentu saya bukanlah jenis manusia yang hidup mencari wang, nama atau pangkat. Saya hidup mencari kefahaman, mencuba dan meneroka idea baru. Saya mau faham dan adapt dalam persekitaran yang “kotor”. Moga dengan kefahaman yang tinggi dapat menjadikan saya seorang manusia yang tenang, dan punya nilai kendiri yang tinggi.

ii)
Pagi tadi saya menyinggung perasaan ibu saya. Sebenarnya saya tersinggung dulu, lalu saya menyinggung dia. Ibu saya tidak mungkin akan ambil hati sebab pastinya dia fikir saya ini bertindak kebudak-budakkan kerana cemburu. Ya tentu dia kata saya cemburukan sepupu saya yang hensem itu.

Tidak saya langsung tidak heran dengan budak itu. Saya jadi marah sebab ibu saya bad mouthkan ex tunang sepupu saya dan salahkan dia kerana hujung minggu ini keluarga kami akan menghantar rombongan meminang ke rumah perempuan lain pula, sedangkan tunang dia yang dulu tu, ntah dah putus ka tidak, kami sendiri pun tak tau apa ceritanya. Ntah saya jadi emotional. Ok dah jelas tak ada jodoh, kenapa nak put a blame kat other pihak, sedangkan pihak kita yang terang-terang selingkuh, berubah hati semasa dalam tempoh pertunanangan berlangsung.

Saya memang susah nak terima hal ini, nak bercakap dengan sepupu saya pun, saya rasa tak seronok. Eish, saya bayangkan bagaimana ibu saya. Dia tinggal serumah, dah macam anak dia. Anak, orang kata anak. Saya rasa ibu saya memang tak dapat menerima perbuatan keji dan pentingkan diri sendiri “anak” dia itu. Saya kira dengan membad-bad mounthkan ex-tunang itu, dia boleh rasa hai anak aku ini idaklah buruk sangat, dan dia boleh layan anak itu macam biasa, macam anak itu tidak bersalah langsung. “hey can you just tell that your son is a complete jerk?” Wat is wrong is wrong no matter how you tried to covers it.

Sometimes we just do unjustifiably stupid things don’t we?

11:24 p.m. - 2010-04-06
Doa & Raja Propa

Orang kata bijak pandai agama kata kalau kita berdoa, tapi doa tu tak makbul ada beberapa sebab yang antara sebabnya ialah sama ada yang kita minta itu tidak baik untuk kita, atau Allah suka dengar kita rayuan kita mendayu-dayu meminta-minta dikasihani diri kita dan memakbulkan permintaan kita itu. Kalau kita minta tak makbul, kita fikir mungkin kita telah meminta sesuatu yang buruk, maka kita mungkin give-up meminta dan move on with life, betul tak….

Psychologicallynya lebih baik kita fikir doa kita tak makbul-makbul sebab reason yang kedua itu tadi. Makanya kita akan terus berusaha berdoa tanpa berputus harap. Pernahkah anda berhenti berdoa sebab anda fikir Allah tak makbulkan doa anda sebab ia tidak bagus untuk anda walau belum ada tanda pun yang doa anda ditolak? Apa yang berbelit-belit ini? Ntahlah. Tadi siang banyak bicara merapik- meraban kut.

ii)

Semasa merayap-rayap blog orang saya terjumpalah ada satu orang gila dalam FB yang mengugut nak bunuh Anwar Ibrahim. Walau saya suka, dan cakap hmmmm pada muka ko, tapi sebenarnya memang saya tak setuju kita menggunakan ruang internet ini untuk buat propa macam itu. Kalau betul nak bunuh, bunuh ajelah….tak payah nak propa-propa. Saja cari publisiti murahanlah tu. Kunun kut, kalau orang kecoh-kecoh, pastu polis tangkap, masuk-masuk TV macam Aduka Taruna tu, dia glemerlah tu.

Dia fikir Anwar Ibrahim takutlah dengan ugutan dia…hmmm pegi dah. Anwar tak heran dengan benda-benda macam itulah. Tulis pun macam bagus aje. Kenapalah eh orang zaman ini banyak dapat penyakit suka bikin propa kat internet? Macam dah tak ada benda berfaedah nak bikin aje. Tak padahal dalam dunia ini banyak benda nak bikin dari bikin benda yang ntah apa-apa tu.

Wat if jika betul ada orang nak bunuh Anwar. Sapalah nak bunuh dia tu? Di satu sudut, saya terfikir pula, ntah-ntah Anwar sendiri yang bikin propa kunun ada orang nak bunuh dia, agar orang gempar dan kecoh. Samalah bila Karpal Singh dapat peluru hidup. Saya cakap dalam hati apa? Saya cakap “ntah-ntah dia sendiri kirim peluru hidup pada diri dia sendiri bagi gempak, bagi dapat press realese muka depan.”

11:11 a.m. - 2010-04-05
Peliharalah hati kita ni baik-baik
Kita selalu borong orang sakit mental dan sakit jiwa itu sama. Adakah mereka sama? Saya fikir begini, orang sakit mental boleh mengidap sakit jiwa sekali gus, tapi pesakit jiwa tidak semistinya mengidap sakit mental. Begitu juga pesakit mental tidak semestinya sakit jiwa. Contoh, biras mak uda saya punya anak yang sakit mental lebih teruk dari saya. Mentalnya rosak sehingga mempengaruhi pergerakan, dan pertuturannya. Kami sebaya. Nama dia Izat. Saya tak fikir Izat mengalami apa-apa penyakit jiwa. Saya yakin dia tak faham pun apa jiwa-jiwa tu. Dia tau kalau dia lapar, dia basah dia menagis dan panggil mak dia. Saya sudah lama tidak jumpa Izat dan ibunya. Oklah kalu nak tengok lebih jelas adakah orang sakit mental mengalami sakit jiwa kita tengok ajelah Aca dalam cerita Ujang. Korang tengok Aca itu ada sakit jiwa ka?

Oklah apa sebenarnya sakit jiwa ini. Ntahlah eh. Nabi kata hasad. Penyakit hati. Nabi kita menyamakan ia seperti api yang memakan ranting dan dedaun nan kering. Itu sajalah yang saya tau. Lebih-lebih saya memang tak tau. Kalau nak tengok orang sakit jiwa tontonlah Alif Firdaus. Hajjah Aminah, anak-anak dia keluali Aliff dan Andak (lakonan Kuza) jah yang tak sakit jiwa.

Kita cuma boleh lihat tindak-tanduk orang sakit jiwa. Macam yang saya dah cerita sebelum ini, hajjah Aminah tu, yang bertukar jadi perempuan rendah akhlak hanya kerana Allah takdirkan anaknya berjodoh dengan perempuan yang tak setaraf dengan keluarga beliau.

Hajjah Aminah tu, dia perempuan lemah, tak berpengaruh, dia Cuma ada kuasa mulut saja. Jadi dia gunalah mulut dia untuk “menembak” Dira dan Ibu Dira dengan tuduhan kunun mereka telah memberikan ubat guna-guna pada anak kesayangannya.

Tapi anak sulung kepada Hajjah Aminah memang ada pengaruh, ada banyak wang. Saya ikuti siri ini pun dah setengah jalan, jadi saya tak dapat nak tangkap kenapa Along ini juga tak boleh terima Dira sebagai ahli keluarganya. Tapi sebab dia banyak duit, dia sanggup upah orang untuk memfitna adik dia sendiri. Macam-macamlah yang dia buat. 2x5 mak dengan anak sama naik jahatnya.

Jadi sebenarnya apakah yang menyebabkan kita bertindak menyakiti orang lain, adakah penyakit, kecacatan pada otak kita, atau kesakitan yang bersarang dalam hati kita? Aha, lagi satu, penyakit mental, doktor boleh ubat, tapi kalu dah dapat sakit jiwa, memang parah. Itu pasal Nabi selalu cakap jangan satu titik noda hitam hinggap di hati kita, jika sudah terhinggap, proses penyucian jiwa itu amat rumit, ruwet lagi memakan masa yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi…. Percayalah.

5:15 a.m. - 2010-04-04
Cerita ntah apa-apa tah

Orang kata kalu bengang satu-satu benda baik dalam internet ka, dalam TV ka, janganlah pi tengok. Tapi ntah hapa kejadah tah saya dah macam jadi pengikut setia drama bersiri Alif Firdaus yang disiarkan tiap-tiap malam Sabtu lepas berita.

Cerita dia memang eish, orang kata bako darahlah. Ala cerita buat kata orang intelek-intelek pun Fringe, sekadar hiasan tergantung bermanik-manik berlip-lap-lip-lap. Tapi tulah dia emosi-emosi tulah yang menarik macam magnet tu, sampai tiap-tiap minggu tak boleh miss nak tinguk juga.

Sebenarnya apa yang menarik sangat pasal Alif Firdaus ni, si Aliff tu ka, atau si Dira tu. Ha yang menyebabkan saya melekat dengan siri tersebut ialah mak Alif tu, Hajjah Aminah. Bininya tuk Imam. Famili Aliff tu kira kat kampung kira family orang baik-baik lagi berjayalah. Adik-beradik Aliff semua kaya raya dan berpelajaran tinggi kecuali Alif aje yang kerja kampung.

Hajjah Aminah ni punyalah busuk hati dia, punyalah dia tak suka menantu dia sampai dia sanggup buang Aliff. Alasan dia tak moh terima, Dira itu orang yang tak setaraf nak jadi menantu Imam. Cerita memang macam tak masuk akal, bagaimana Isteri seorang Imam boleh jadi sampai begitu bongkak dan keji sekali perangainya. Tulah orang bijak bistari kata fringe.

Hajjah Aminah ni mengingatkan saya bagaimana perempuan yang wara’ dan baik-baik, akur perintah Allah juga boleh terkucil bila diuji. Dalam cerita ini, Hajjah Aminah terhanyut dengan bujukan syaitan, jadi sombong dan keji perangainya sebab Allah takdirkan anak kesayangan dia jatuh cinta dengan perempuan yang dia tak suka.

Memang macam cerita, apalah Rashid Sibir, begitu rendahnyalah pandangan ko dengan perempuan kita ek. Atau kita akan kata kuatnya berangan hai si penulis skrip, terdesak sangat nak tarik penonton sampai ko rendah-rendahkan martabat perempuan, bini Imam pula tu, sampai macam tu sekali gamaknya. Tapi orang kata saya percaya, sastera ops! Karya kreatif kita itu seismograf. Melambangkan gejolak emosi kita-kita dan juga sebagai cermin ha macam tulah quality orang perempuang kita.

Saya langsung tak kata watak Hajjah Aminah tu watak mengada-ngada sengaja dibuat-buat untuk tari penonton sebab memang saya pernah jumpa perempuan macam dia. Dia dah tak suka pilihan hati anak dia, macam-macamlah yang dia bikin. Dia tak suka, yang sorang tu memang sebab dia rasa pilihan hati anak dia tak sama taraf nak jadi ahli keluarga dia. Yang lagi sorang tu pasal, ntah… dia kalu boleh nak anak dia dapat orang dokek-dokek yoohhh, tapi dah jodoh dengan orang jauh, orang Sarawak sana. Nasib baik Sarawak jah bueknya dapat orang London…

Walau bagaimana pun dalam cerita perempuan-perempuan ini, penghabisan cerita mereka akhirnya idaklah jadi seteruk macam Hajjah Aminah tu, bolehlah juga terima menantu masing-masing…. Cerita Alif ni kita tengok ajelah sejauh mana penulis nak tarik emosi kita nak bawa seburuk dan sekeras mana hatinya Hajjah Aminah itu.

Tapi memang teruklah Hajjah Aminah tu, memang eish…memang busuklah. Memang tak kenalah perempuan bini Imam bertempik meninggikan suara marah-marah macam itu. Itu saya rasa ntah… ada bini Imam macam tu ka? Imam kat Jasin yang ngubat orang sakit kena santau, hilang semangat tu hah bini dia macam tu…. Iyalah laki kerja buang hantu, buang jinkan, jadi itu pasal stress kut. Kalau saya pun hangin satu badan, dahlah bawa saya tinggal terceruk jauh ke dalam, dalam kebun getah, pastu orang datang tak henti-henti. Rumah kita dah jadi macam tempat klinik meniaga, penuh orang ramai pula. Memang patut kalau dia hangin, bengis dan menengking-nengking kalau ada benda yang tak kena di mata dia.

Tapi kalau macam Hajjah Aminah tu, stress ke hapa bendanya dia tu. Stress buat-buatan hati dialah tu. Hajjah Aminah, Hajjah Aminah. Kalu tengok cerita tu, anak-anak Hajjah Aminah selain Alif pun semua tak senonoh belaka perangai, ngikut perangai ibu dialah tu. Memang Hajjah Aminah tu seawal memang perempuan sombong, bongkak lagi hasad agaknyalah tu.

Then kita akan kata, auta aje, bukan ka lelaki baik untuk perempuan baik, well ini cerita super, cerita dewa dewi, yang menjadi pencetus ilham kepada sang karyawan dan pujangga, itu pasal dia punya cerita mengalahkan logic akal waras orang kebanyakkan macam kita-kita ini. Kalau anda sukakan cerita sufi, memang ada ahli sufi yang berjodoh dengan perempuan yang buruk perangai lagi rendah akhlaknya. Itu pasal jadi orang biasa-biasa pun cukuplah. Orang biasa pun masuk syurga juga, orang terkenal, belum tentu masuk syurga lagi.

3:46 p.m. - 2010-03-29
Syukur....

Kita selalu cakap perempuan lebih tahan stress dari lelaki, tapi adakah kita pernah terfikir cara mereka menahan stress? Satu cara menahan stress yang paling keji ialah melakukan projection. Saya ada seorang kawan di MMU ini. I never consider her a friend, infact I find it she a scary type of perempuan.

Pendek cerita apa yang saya rasakan benar belaka dan akhirnya saya dah bosan, saya pun fikir that itlah saya malas nak deal dengan dengan dia lagi. Penghabisannya saya provoke agar dia marah dan bencikan saya. Memang gilalah tapi berbaloi.

Dia memang teruk. All I have to do is bagitau perangai buruk dia. Dia sangat aggressive dan dia projekkan balik perangai buruk dia pada saya. Itu cara dia menahan dirinya dari break down and collapse. So in the future apa agaknya yang perlu saya buat jika terserempaklah lagi dengan orang macam ini. Ha ha senang saja just reject her in the first place. Titik. Saya memang dah tau, saya memang sangat bagus dalam menilai orang so kenapa harus saya susahkan diri dengan nak seek to understand dan adjust-adjust dengan manusia yang mengalami masalah projection syndrome ini.

Kalau dia nak cakap benda buruk, nak projek benda buruk dia pada saya pun saya ok. Saya bukannya baik sangat pun. Tapi bila dia cakap saya bercakap tak guna otak, salah tu, sebab saya memang guna otak yang canggih untuk melepaskan diri dari dia. Kalau dia kata saya tak ada kawan, itu juga salah. Saya bukan tak ada kawan, saya malas nak berkawan sebab kebanyakkan yang saya jumpa jenis macam dia ni. Dari berkawan dengan orang macam dia, lebih baik saya tinggal dalam hutan. Orang jenis macam mana? Orang jenis yang macam DrRohana Arrifin kata sebagai "if you are not with us, you are against us" duh. Kalau dia cakap saya yang terhegeh-hegeh nak kawan dengan dia, alamak itu lagi salah besar. Dia mungkin tak perasan dua tiga kali juga saya suruh cari kawan lain.

Thank godlah saya tak perlu menyeksa dia lagi 2 trimester, berkawan dengan orang macam dia. Ya Allah lega rasanya. Syukur, Alhamdullillah.

10:21 a.m. - 2010-03-28
Terima Kasih

Dua tiga hari ni diary meragam. Cuma entry 21 March saja yang tubek di muka diary. Saya hantar SOSlah kat mereka yang saya percaya di dunia maya ini. Semalam saya tengok diary dah ok. Saya pun sebenarnya tak tau sapa atau pihak mana yang bikin diary ini berfungsi semula. Mungkin Yahoo, mungkin juga Facebook. Apapun saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana kini diary ini telah berfungsi semula seperti biasa.

4:30 a.m. - 2010-03-24
Why we Failed?

Those yang follow tulisan saya…actually saya tak kira pun sapa yang baca diary ni, saya pun tak pasti ada orang baca diary ini atau tidak. Tapi saya memang dapat satu emel yang cakap dia follow apa yang saya tulis di multiply. Actually ini sekadar saja-saja. Saya rasa saya ada cerita yang dulu saya tulis dalam buku atau kertas dan sepah-sepah. The problem is my mom tak suka apa yang saya tulis walau doktor kata it’s ok. Pernah sekali dia baca dan suruh bakar.

Ok to those yang follow tulisan saya, pasti akan terperasan saya ada tulis “why book smart don’t survive” dengan mengambil Syed Husin Ali sebagai contoh. The truth is bila berfacebook saya terkejut juga ramai kengkawan yang hebat masa di kolej dan di sekolah dulu end-up jadi housewife aje. Memang saya terkejut sebab mereka ni bukan jenis macam saya yang memang sejak sekolah nak jadi full time housewife, tapi dek kerana sakit mental, saham merosot-merosot, hilang keyakinan diri, jadi saya dah takdelah lagi bercita-cita nak kahwen. Lagi pun persaingan sekarang sengit-sengit. Wanita hari ini makin cantik, makin pandai, makin bijak dan makin mempesona. Saya focus pada kerjaya. Saya muhasabah diri sendiri, saya tengok dan teliti book smart-book smart yang lain. Why they fail.

I myself pun ada mengalami masalah di tempat kerja. Saya tidak disukai dan diugut medical board, disuruh buat kerja budak pejabat walau saya kerani. Malah ada juga yang meramalkan saya bakal gila dan masuk semula ke wad sakit jiwa macam kawan saya yang namanya Hisham tu. Kalau yang follow saya dari Multiply pasti kamu ingat kisah Hisham dan Cikgu Bonita. Tentulah ada perlakuan saya yang tidak elok dan tak kena sehingga mereka sakit hati dan wish benda-benda yang buruk untuk saya tak gitu?

Saya dapati saya ini macam semua saya nak perfect ikut peraturan. Tak nak merapik-meraban, bukak Lo, buka baucar hantu, bukak cek tumpang lalu. Keluar cek nama orang lain, bayar kat orang lain lepas tu ada tol cek tumpang lalu pula. Saya cuba nak disiplinkan mereka agar ikut peraturan, agar buat semua on time, itu schedule. Tapi mereka tak mampu. Saya laser aje dalam mesyuarat. Mereka tak boleh terima hakikat yang mereka tak mampu ikut peraturan, mereka cakaplah masalah geografilah, masalah coordinasila 1001 macam masalah, bukan masalah mereka, tapi masalah saya yang tak faham, dan orang lain yang tak faham. Mereka marah. Silapnya saya, saya tak sensitive yang pegawai tua-tua Bangka nak pencen lagi 2, 3 tahun ni mereka memang tak boleh terima kenyataan mereka tak betul, sebab sebelum ni dah bertahun mereka buat benda yang sama. Apa pasal boleh, tiba plak ada budak akauntan anak dara Andalusia desperado ni kata tak bolehlah pula.

Sepatutnya saya bersabar dan tunggu saja pegawai ni pencen dan bila dah dia bikin benda tak betul saya betulkan apa-apa yang patut. Saya punya perangai, tak betul, saya keluar saja borang kuiri dan saya letak balik atas meja dia. Rupa-rupanya pada mereka borang kuiri itu satu penghinaan pada mereka. Ada di antara mereka yang tak boleh kena kuiri, tak semua, especially yang dah nak pencen-pencen ni lah. Yang muda-muda ok. Kalu salah, depa perbetul jah kat computer, print dan hantar semula. Yang tua-tua ni, nak buka computer pun dah malas dah, keyboard rosaklah, mouse rosaklah, 1001 alasan. Sepatutnya, jangan tunjuk mereka salah, tapi kalu kamu potong siap-siap, ubah tuntutan mereka, in the end mereka dapat cek yang kurang dari yang sepatutnya mereka terima, itu tidak mengapa. Namun, pulang semula kata mereka silap ooohhh tatak bule ooohhh.

Mana mugkin mereka tu Cikgu Besar, Pengetua, abeh tu, tuntutan dia kita pula sesedap hati tenyeh-tenyeh dengan pen colour merah lagi, pangkah sana, pangkah sini, bubuh tanda soal besar-besar…marahlah. Menghina. Saya ini dari pejabat pembayar, itulah yang saya selalu buat masa kat KL dulu. Pastu saya tulis, sila betulkan itu dan sila. Rupanya perkataan sila tu pun tak boleh. Saya kerani dia cikgu, saya tak boleh sila-silakan dia. Mohon jasa baik tuan. Hah itu dia. Mohon bukan sila. Sila untuk orang besar cakap pada orang kecil. Kalau terbalik, itu kurang ajar, nak lawan towkey namanya tu. Tapi kalau saya kerani dari pejabat pembayar buat macam itu tak apa, sebab kuiri itu nanti bagi pihak Akauntan, Jabatan Akauntan Negara, walau yang menenyeh tu saya juga. Sebab baucar tu dipulangkan oleh Pejabat Akauntan, mereka fikir yang tenyeh tu akauntan.

Itu antara pengalaman berharga yang saya belajar mengendali orang-orang yang lebih berpangkat dan lebih senior umur dari saya. Nenek moyang kita selalu pesan “ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak bersepah” Kita masyarakat timur, bukan macam orang barat yang tak kisah kalau kita kritik secara berdepan. Saya tak taulah sampai bila kita macam ini, tapi saya percaya kita tak sama macam orang barat dan sampai bila-bila pun agaknya kita tak boleh guna cara kritik orang barat. Kadang-kadang hati kita bercakap, si tua-tua ni mampus kan bagus…uish, hari ni kita orang muda suruh orang tua mampus, kita dah tua nak pencen budak muda suruh kita mampuslah pula, so apa rasa hati kita?

Lagi pun kalu pasal crit laser ni, kita tengok rancangan American Idol, Simon Cowell yang laser tu pun akhirnya give-up dan tak beranilah lagi jadi pengkritik, rentetan dari chaos/controversy minah British Got Talent sapa nama tah. Dia tau kritik cara itu walau brutally honest ikhlas dari hati sanubarinya, yang mau lihat industry hiburan dihiasi dengan artis yang berbakat dan berkualiti, tapi kesan tak bagusnya lebih besar dari kesan bagus. Saya percaya kaedah “tarik rambut dalam tepung” itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya.

12:15 p.m. - 2010-03-22
Harapan apa ke bendanya?

Saya terinspire dengan satu line “xxxx pembawa harapan”. Saya pun tak tau harapan apa yang mereka maukan sebenarnya. Nak yang macam mana yang lebih baik yang mereka mau pun saya tak tau. Memanglah saya tau kita di Malaysia ni idaklah sebagus mana pun. Ada tokoh-tokoh pemikir yang kata kita ini fail Nation. Saya tidaklah menafikan perkara itu, sebab saya percaya kita sebenarnya boleh jadi lebih baik, lebih effective dan efficient dari apa yang kita ada buat masa ini.

Macam yang saya tulis sebelum ini, kita percaya kalau a ganti b kita akan lebih bahagia dan lebih berjaya. Memang betul, saya memang percaya kalau kapitalis ganti Islam memang kita akan lebih sejahtera. Kita pun menyokong, termasuk saya sendiri penyokong apa-apa gerakan yang mereka namakan sebagai harakahlah, guraba’lah ntah apa-apalahkan. Namun setelah puak-puak guraba’ ini diberikan peluang menguasai 5 negeri dalam pilihan raya yang lalu, kita tengok apa yang mereka dah bikin?

Saya tak mau cakap pasal puak Guraba’ ini sebab sebagaimana Allah tetapkan jalan puak Ghuraba’ menyaksikan perlakuan Thaghut yang zalim dan mereka sendiri dalam hidupnya sama ada disakiti dan ditengking herdik oleh anjing thaghut, namely PDRM, perjalanan hidup saya pula adalah sebaliknya. Jadi saya cerita pasal saya ajelah.

Saya makan gaji dengan Puak yang mereka kata Thagut yang tidak berperikemanusian serta sejahat-jahat makhluk kejadian yang Allah jadikan, sampai rasanya Yahudi dan Nasrani pun tak leh lawan jahatnya Thaghut kerajaan Malaysia ni. Sepanjang saya makan gaji saya pernah sakit teruk, saya cuti, MC sampai berbulan-bulan. Saya juga ada bikin silap, baucar saya juga pernah kena kuiri, pernah jugalah sekali cek yang saya tersalah cetak, sepatut bagi kat sekolah ini masuk pulak ke sekolah ini sebab saya bukanlah manusia yang serba sempurna. Saya tak tahulah orang lain yang sepanjang kerjaya mereka tak pernah satu pun tak silap. Dalam kes saya alhamdulillah, dipengakhirannya, kita bikin sikit silap, kita saling beralah dan improvise semua ok, syukur sangat Allah tak condongkan hati mereka sehingga nak pergi mahkamah dan saman-menyaman, atau paling tidakpun panggil Melaka Hari ini ka. Mengadu kat bos PPD pun idak, kira kita saling kawtiem sesama sendiri, walau kami berlainan bangsa dan agama. Sekolah Cina bertukar dengan Sekolah India, yang bikin baucer tu saya, Melayu. Tak ke haru-biru tu.

So saya suka dengan kehidupan saya, walau memang tak saya nafikan ada orang lain fikir yang saya sepatutnya buat itu, buat ini yang saya fikir sangat pelik dan saya tak faham kenapa harus saya nak buat macam yang mereka suruh? Kununlah kut kerja kerajaan ini tak akan ke mana, silap haribulan, boleh jadi manusia yang tak layak waima nak cium bau syurga pun.

Ada juga yang kata kalau saya buat macam ini, buat begitu begini, saya akan dapat lebih banyak duit, saya akan terkenal, saya akan lebih berjaya dan lebih bahagia. Iya ka? Adakah kalau saya ada banyak duit, saya jadi terkenal, saya akan lebih bahagia? My life will be better off then now? I’m happy with my life and if ada orang fikir my life as penjawat awam gred rendah is pathetic tu dia punya pasallahkan. Saya tak nak pergi jauh-jauh, saya pergi dekat-dekat aje, saya tengok idola ajen perubahan saya sajalah, sapa lagi kalu tak si Tien Chua.

Janganlah marahkan saya ye kalau saya tak sebut Faisal Tehrani, sebab Tien Chua ni seksi kut kayuh-kayuh basikal ops. Janganlah marahkan saya iye saya dah cuba nak suka lelaki alim, wara’, ustaz, tapi tak buleh, hati saya nak juga suka yang seksi-seksi. Pada mata sayalah. Pada saya seksi tak semistinya pada kamu seksi. Tengok ajelah dia, saya dah tak minat dia lagi dah, walau dia bikin tiger show macam Tiger Wood tu pun, hmmm saya dah tak minat dah! Dah benci dah. Itu pasallah saya tak akan tinggalkan Thaghut jahat saya. Saya rasalahkan, saya rasalah eh… lebih baik saya jadi kuli batak thaghut dari pejuang ka, serikanda pembawa harapan ka, ntah apa-apa label yang glemer-glemerlah eh. Jadi kuli pun, sebenarnya orang aje berpesepsi yang kita ni looser, tak layak masuk syurga. Tapi yang bercakap tu pun sapa dia, syurga dia punya ka?

Ok, Katalah eh, katalah esok Pakatan Rakyat dapat perintah Malaysia, saya percaya mereka akan rasa selamat membela anjing macam saya dari sipinta-pintar, intelek-intelek yang susah nak dipuaskan hati mereka, pantang salah sikit, pantang terguris hati, terpinggir, terbiar, dah, dah, dah beralih hati mereka. Bila dah beralih tu, duduk diam-diam ok gak. Ini tak, mak oiii, sekecil-kecil sarung tangan pun diaorang punyalah creativenya, boleh kembangkan sampai jadi karangan kritik satu blog entry. Kalau dulu pakai sarung tangan satin sebelah, sebelah lagi tak bersarung, gengam erat tasbih tangan Che Abang dikata “hah itulah fashion lifestyle wali-wali Syurga Firdausi.” Cantik dan comel belaka, baik, syumul lagi sacred, tapi bila dah beralih, dikata-katalah tiru fesyen Michael Jackson.

Tulah, antara intelek yang pandai menganalisa, pandai meramal masa depan orang lain sampai kesyurga sana, pilihlah yang setia. Yang pandai tu, kalu dia rasa-rasa, eh pokok ni dah rapuh dah ni, atau dah ramai sangat bergayut kang kekah nanti, dia cepat-cepat lompat dulu. Tapi yang setia, kita akan setia sampailah pencen, selagi kita makan gaji dengan mereka. Kalau andai ada kata ada setia yang akan membawa kepada kecarikan akidah, kita akan angkat kaki diam-diam dan simpan senyap-senyap, eh tak de kijenya, eh bikin road show satu Malaya cerita buruk majikan sendiri, sebab ada ramai lagi orang lain yang lebih credible dan lebih panjang berjela sijil dan kelayakan yang sedia bikin kerja-kerja macam ini. Kang gaduh pula nak rebut-rebut pentas, nak rebut-rebut mikrofon.

Lagi pun pada saya setia kita pada sesama makhluk tidak ada kaitan sama ada kita akan kesyurga atau neraka, melainkan amalan kita yang Allah nilai. Mereka bukannya boleh bawa kita masuk syurga kalau kita sendiri pun tak melakukan apa-apa amalan yang membawa kita ke sana. Hanya satu saja manusia yang ada mukjizat untuk bawa kita kesyurga, iaitu Nabi Muhammad SAW. Mereka juga tak boleh heret kita masuk neraka selagi kita tak mengingkari perintah Allah.

2:53 p.m. - 2010-03-21
TULAH ko tinggalkan Aku
(kata basikal pada Tien Chua)
Kita ni suka mengharap. Mengharap kalu orang ni tak de, atau orang ni ganti orang tu, thing will be better off. Dulu saya macam itu, tapi saya banyak belajar dari pengalaman. Sebenarnya dalam kehidupan kita, apa yang hada depan kita itulah dianya. Kitalah yang patut pandai-pandai membahagiakan diri sendiri. Dalam dunia ni kita tak boleh expect kita jumpa orang yang kita suka sahaja sebab realitinya kita akan jumpa dengan ramai orang yang kita tak suka dari kita suka sebenarnya.

Suka maksud saya, yang sekepala, sama pandangan, sependapat dengan saya yang sama minat dengan saya. Dulu masa sekolah-sekolah waima dah kerja pun, saya berkawan dengan orang-orang yang rasa yang patut ada-ada kat atas tu sebenarnya tak layak. Tak pandai, korup dan sebagainya. Lama-lama muthahir ini kita juga sama-sama bercakap balik, “kalu aku duduk kat hatas tu ntah-ntah lagi teruk, sebab tu Allah tak kasi haku duduk di atas”

Dulu agaknya blogger yang suka junjung-junjung dan promosi-promosi Tien Chua tentu fikir he will make a perfect MP. Tapi bila dah jadi MP, lain cerita. Gigit polislah, arah driver pecut-pecutlah sebab dah lambat nak sampai tempat ceramahlah, bikin photoshop fitna kunun PM kita makan bertiga dengan Altantuya di Parislah. Ntah hapa-hapa tah. Itu ke dia Cheguvera Malaya…%^^^&

Peminat-peminat blogger yang jatuh kasmaran sama Tien Chua ni, tentulah ikut menyalak sukakan Tien Chua jugakan. Tapi pada masa yang sama mereka mengata-ngata macam-macam pada penganut ideology sosialisme kunun esok mati kena sambar petirlah, mati kena hempap hujan batu. Mati mayat bertukar jadi ikan parilah, babilah, ntah apa-apa tah. Sampai kalu ada orang nak berborak-borak dengan penganut ideology ini pula disindir-sindir dengan sindiran yang lucah-lucah dan kotor.

Saya bukanlah penganut ideology tersebut, macam yang saya katakan sosialisme means belanja berat sebelah kerajaan, semua kerajaan, itu kerajaan, ini kerajaan, sedangkan zaman nabi pun, Nabi tak pulun semua masuk perbendaharaan. Alangkan Nabi yang maksum tu pun tak hingin nak kumpul semua harta Negara dan uruskan sendiri, inikan pula kita yang ntah apa-apatah ini. Silap-silap hari bulan mati kena hempap harta yang bertimbun-timbun itu. Ada banyak lagi benda lain yang nak dibuat dari menjaga harta Negara.

Macam saya cakap kat atas tadi, kita selalu fikir kalau a ganti b mungkin kita akan lebih bahagia. Kita percayakan benda itu. Dalam kita ramai-ramai sengsara dengan sistem kapitalisme yang pincang yang terlalu mengutamakan untung Ringgit dan Sen sehingga mengilis-gilis kemanusian, kita berangan, dan fikiran kita merewang-rewang, kalau ganti sosialisme mungkin kita lebih bahagia kut.

Betulkah macam tu? Mungkin? Ntah. Mungkin juga kalau Tien Chua kekal dengan PRM, dia tak perlu merendahkan dirinya ke tahap terpaksa langgar lari seorang prebet Melayu, sebab nak kejar majlis ceramah Parti baru dia. Dan sesungguhnya kalau dah memang takdir berlanggar juga, prebet tu mungkin tak mati sebab PRM boleh bagi Basikal jah pada Tien Chua. Mungkin betullah sosialis lebih baik dari kapitalis, tapi hanya betul bagi Tien Chua saja. Apa yang baik untuk Tien Chua tidak semestinya baik untuk kita sebab sesuatu yang lebih baik telah lama tersedia menanti kita

3:41 p.m. - 2010-03-20
Entri Luahan Rasa (marahkan Tien Chua dan Syed Husin Ali, pesta bukulah pula yang diboikotnya)

Ini adalah sebahagian dari emel balasan pada kawan yang berkempenkan Pesta Buku. Yang atas-atas mukadimah-mukadimah berbentuk personal, takkanlah saya nak paparkan juga ek, nanti korang dapat dosa memfitna saya ni si narsisis desperado yang hidup hasil menjual emasipasi dirilah pula ek. Cukup-cukuplah selama ni korang memfitna kunun saya menganggu-gugat dan menghuru-harakan ketenteraman warga blog kerana obsessi saya nak jadi bini Perdana Malaysia bukan Melayu yang pertama. Oklah enuf about me, kita baca sebahagian emel yang baru sebentar tadi saya kirimkan pada kawan saya itu.

oh ya aku benci pesta buku sebab ada xxxxxxx dan blogger-blogger ulat buku yang suka menakutkan orang tentang sosialis dan menulis-nulis artikel menghasut agar membenci Kassim Ahmad. Tapi bila Chegu Bard cium buntut Cheguvera eh macam belatuk gila terhangguk-hangguk mengiyakan Chegu Bard herolah pula. Tu yang aku meluat tu. Tulis blog masing-masing tunjuk banyak buku, buku sana, buku sini. Kalau betul banyak baca buku apasal Sosialis tempatan mereka benci dan hina, sosialis Cheguvera, waima Fidel Castro mereka junjung bagai nak rak? Hah kalu bikin mug, t-shirt jual masa Chegu Bard dan kawan-kawan dia ceramah, masa kempen PRU 12 kek Rembau itu hari mesti habis stok macam pisang goreng panas. Lepas tu orang Rembau semuo pakat pakai T-Shirt Cheguvera. Tak faham aku.


Aku nak bagi tau ko benda yang bikin aku sangat sakit hati sampai aku benci Pesta Buku dan memulaukan Pesta Buku sampailah benci aku hilang sikit hari nanti. Aku benci dan boikot tak lama habis lama pun setahun 2 aje. he he he. Ko tau ada ka parti PRM tu Anwar beli dengan harga 500K jah. Tulah saja harga Parti Ahmad Boestamam dan pejuang kiri yang Syed Husin Ali lelong ko tau. Mana pergi hotak orang banyak baca buku, sekolah tinggi-tinggi sampai phd macam Syed Husin Ali tu? Mana pergi?


Hari ni ko tengoklah dalam TV macam mana Tien Chua dan Syed Husin Ali jadi barua Anwar. Daulat KIRI tu....Allah masih tak nak parti kepala seladang tu tamat riwayatnya, tapi mereka muka sposen, macam orang gilalah pula menjilat parti PKR pada masa orang-orang kuat PKR yang rapat dengan Anwar sendiri satu persatu tinggalkan PKR .


Dia orang tak sedo, tindakan diaorang tu menjadikan diaorang tu dari politikus yang disegani, dan diminati ramai, jadi politikus sampah. Diaorang ni tak tau malu ka, bunuh parti sendiri? eish loya aku tengok muka Tien Chua dan Syed Husin Alilah. Bukan muka dua tu jah aku loya. Muka-muka blogger-blogger yang dulu suka sangat tulis entri junjung Tien Chua, Tien Chua juara rakyat, Tien Chua enviromantalis penyelamat bumi, pi sana-sini, jengok rakyat sampai pi parlimen kayuh basikal jah lagilah berganda aku benci. Sibodoh-bodoh (eh tak boleh nak kata bodoh, sebab masing-masing buka blog cerita banyak baca buku siap tangkap gambar rak buku yang mereka hada pun, banyak sangat membaca sampai jadi bodoh kut, pelik-pelik-pelik) ni tak tau ka la ni Tien Chua naik pontianak kelas-kelas pengisap minyak. Kalu tak keluar cerita budak askar prebet sampai koma dan mati, mati kena langgar dengan Mercedes, aku pun hingat betullah si Tien Chua naik basikal jah sebab nak selamatkan bumi dari global warming.

7:12 p.m. - 2010-03-12
Mak oii, Busuknya hati dia.

Pada awal zaman nabi menyeru umat kembali mengesakan Allah, baginda pernah ke Taif dan di sana sambutan yang baginda terima agak teruk. Bukan sahaja baginda dimaki-hamun dan dikata gila, bahkan baginda dibaling dengan objek yang menyebabkan baginda mengalami luka-luka dan berdarah.

Sepulangnya baginda dari Taif, malaikat memberi salam dan menunjukkan sebuah gunung dan menawarkan jika baginda mau, malaikat boleh anggkat gunung itu kasi hempap penduduk Taif yang jahat itu dan pastilah semua warga Taif akan mati beramai-ramai, tak seorang pun yang hidup.

Tapi baginda menolaknya tawaran malaikat dan menyatakan mungkin hari ini mereka menolak seruan baginda, namun baginda tetap akan pulang dan berdoa moga pada masa akan datang anak-anak mereka akan menerima Islam. Hah begitulah dia akhlak nabi junjungan yang sangat kita kasihi ini.

Macam itulah dia perangai kalau nak semua orang sayangkan kita. Kan kita tak suka kalau kita dibenci dan kita tak boleh hidup kalau dibenci, tak gitu? Ah kita akan kata itu nabi sapa boleh ikut? Ha ha ha hah sebab kita dah set mental blok nabi tak boleh dihikutle maka kita akan mendapat akhalak yang bertentangan dengan akhlak nabi dan akhirnya langsung tak dapat jumpa nabi, sebab tinggal ditempat yang bertentangan dengan tempat tinggal nabi. Nauzubillah kerana neraka itu seburuk-buruk tempat pengakhiran.

Ok ini tak lagi cerita kita, tapi cerita saya eh cerita sayalah. Ok apa yang saya fikir dan doa bila saya kena maki dengan penyokong PAS yang kata orang muka bulat-bulat pendek-pendek gemuk-gemuk ini pemecah belah umat? Ini cerita lama ni, cerita tahun 2004 kalu tak silap. Saya memanglah diam, sebab dalam unit kewangan dan akaun tu, bukan saya sorang yang bulat, kami berdua bulat-bulat. Bila dia belah, kita cakap “nyek alleh macam bagus” sambil memuncung-muncung dan menjuih-juihkan bibir. Dalam hati, saya cakap, nanti ko siap ko aku balik baca yassin “anak ko semua baik jantan baik betina jadi pelacur semua, tangkap gambar lucah upload kat internet, tak dapat semua, sorang pun jadilah, tak dapat anak, cucu, cicit, piyot pun jadilah.”

Masa tu saya tak tau pasal cerita dakwah nabi di Taif, saya tahu, nabi kena baling sehingga berdarah, tapi saya tak tahu pula pasal tawaran yang dibuat malaikat pada nabi. Lepas tu saya adalah macam not in the good term dengan “ustaz-ustaz” ni. Kalau saya terasa hati dengan cakap mereka hah pastilah saya mendoakan kecelakaan untuk keturunan mereka walau idaklah sampai baca yassin gitu. Apa ko ingat ko ustaz aje boleh berdoa, aku kerani kuli batak tak buleh doa, aku tak reti mengaji, aku tak reti baca yassin, aku tak reti baca doa, aku tak reti solat, aku tak reti solat hajat?

Pendek cerita, satu hari bulan Ramdhan saya tak ingatlah 2007, ka 2008. Ustaz kurus sangat (bukan-bukan yang serang saya tu, bukan itu bukan ustaz, itu tukang kebun). Ini ustaz betul. Bila kami tanya, dia cakap bulan puasa dia makan sikit. Eh ustaz ni sebelum ni 2003, 2004, 2005, 2006 ok jah, puasa-puasa pun ustaz taklah nampak ketara kurusnya.

Kita buat donno ajelah, tapi dalam hati berkata, ustaz sakit kut, tapi tak moh cerita. Abeh satu hari tu, dia cerita anak sulung dia dapat kerja di Dubai, sebelum puasa tu dah berlepas ke sana untuk mengerjakan umrah sebelum report duty….sahlah kurus sebab tak lalu makan, rindukan anak dialah tu. Abeh ada lagi sorang “ustaz” yang saya jaki gak. Dia DG biasa tapi dia selalu berlagak mengalahkan ustaz sebab cakap dia pernah baca khutbah Jumaat. Dia ni memang dah original kurus yang memang kurus macam iklan Appeton Weight Gain tu. Dia pula mengadu, yang anak dia yang belajar di New Zealand dah ada girlfriend, nak tunang dan dah siap rancang, lepas grad tak moh pulang sini. Pulak tu anak dia tu anak tunggallah pula.

Bila benda-benda ini berlaku, mula-mula, 1, 2 minggu tu saya sukalahkan. Eeeiiiii bestnya padan muka ko, anak ko dah tinggalkan ko tu, esok bila dah kawen ikut peel mat salleh, peel orang kaya-kaya moden yang suka berlenggeng saje hah tu dia, dapat cucu esok dah besar-besarpun tak reti pakai baju betul-betul masuk you tube telanjang bulat. hah memang padan muka korang!” ha ha ha gitulahkan. Tapi masuk minggu ke 3, bila saya lihat mereka dah macam nampak macam tua, kurus-kurus dan kering, pastu mesti kalau mereka sunyi-sunyi kat rumah, mesti rindu punyalah tu, jangan nak tipu, kata tak rindu. Saya jadi tak sampai hati. Kesian mereka. Tentu rindu itu menyakitkan bukan? Saya pun teringatkan mak saya. Walau kita sama-sama duduk di Melaka, kalau satu hari tak singgah rumah dia, kalu dah terlelap tak angkat call, miss call sampai 7,8 kali. Hah! Apatah lagi kawan-kawan saya yang anak mereka jauh di perantauan.

Rasa menyesal pula mengharapkan benda-benda yang tak baik pada orang lain. Tapi kita, itulah masa kita tengah marah, spontaneously kita akan mengharapkan kecelakaan pada orang yang bikin kita sakit dan terluka. Tengoklah betapa berlawananya isi hati dan pengharapan nabi terhadap orang yang menyakiti baginda dengan isi hati dan pengharapan saya. Jika begini bukankah hipokrit jika saya mengaku saya mencintai Nabi? Kita marah kalau dikata hipokrit, tapi jika kita memperhalusi diri, sehalus-halusnya memang sebetulnya neraka itu amat dekat dengan diri kita.

Makanya kata-kata “an eye for an eye, will make the whole world blind” tinggal kata-kata indah yang bila mana kita ungkapkan tak ubahlah kita setaraf dengan burung kakak tua walau Allah kurniai kita dengan akal yang sempurna.

11:35 p.m. - 2010-03-10
Anwar Ibrahim vs Syed Husin Ali
(oleh : Che Minah Laga-laga)
Hari ini saya melaporkan, ceh macam bagus aje. Ala ini domain saya suka hatilah eh apa saya nak lapor pun, asal jangan berlebih dan mengada-ngada benda tak ada itu saya kira sudah memadai. Ok saya nak lapor yang kengkawan facebook penyokong Anwar, confident bebonar yang Anwar akan berjaya juga jadi PM. Memang takdir yang telah tercatat di loh mahfuz gitulah.

Ini agaknyala berikutan assurance dari Syed Husin Ali yang PKR tak perlu ada plan apa-apa. Mereka in the right direction. Kira kita-kita yang rasa there’s something wrong dengan PKR ini salah dan tak tau apa-apalah tu. Keyakinan yang melambung ini disokong pula oleh tilikan veteran politik DAP Lim Kit Siang, yang kempen PRU akan datang mereka “vote us, we will Free Anwar” akan meletup. Lagi sekali sapa saya jika mau dibanding dengan Kit Siang yang saya fikir saya tak ada dalam dunia lagi dia dah bergelumang dalam dunia politik. Tapi saya ada perkiraan politik saya sendiri. Perkiraan saya mengikut perkiraan akauan lah. Perkiraan buku kira-kira, yang saya namakan sebagai the matching of dosa and pahala, good and evil.

Saya tak ambil buku PKR atau PR, tapi saya ambil buku Melayu UMNO serta Raja-Raja dan Sultan-sultan Melayu. Jahat sangat ka mereka ni? Zalim sangat ka. Lagi satu saya tambah lagi, dah jauh sangat ka mereka dari Islam? Kemudian saya tolak dengan sokongan rakyat yang menghantar Anwar ke mahkamah tiap kali kes perbicaraan liwat kali ke 2 ini berlangsung.

Bererti sekarang Anwar bukan berlawan dengan Najib sahaja, Anwar juga sebenarnya bertanding dengan Raja-Raja dan Sultan-sultan dan gabenor-gabenor kita. Bila saya dah saya kira semua ini maka, rasanya payah juga mentera Vote us, we’ll free Anwar nak menjadi. Walau bagaimanapun sebagai seorang yang berkerja dalam bidang perakaunan, walau kuli batak pangkat rendah saje, saya ada lagi satu perhitungan atau dalam bahasa orang akaun panggil provision. Dalam buku kira-kira kita ada macam-macam jenis provision, provision for bad debtslah, depreciationlah, yang semua dibuat bagi memenuhi tuntutan konsep prudent.

Saya buka dua akaun, yang pertama saya panggil, provision for miracle on Anwar. Incaselah Anwar ini benar-benar terinaya dan dia baik orangnya tak pernah juga menginaya orang. Kira cerita pasal kerbau pendek dan geng 6 jahanam itu rekaan musuh politiknya semata-mata untuk menjatuhkan kerjaya politiknya. Jadi sohih dan sah Anwar kudus lagi suci yang benar-benar menjadi mangsa konspirasi politik. Maka insayallah kempen Lim Kit Siang pada PRU akan datang pasti menjadi.

Lagi satu akaun, provision for the wrath of Allah on Malay Rules and our Sultan. Pemerintah dan orang besar Melayu dah jauh menyimpang jadi Allah hukum kita semua macam Allah hukum orang Islam Bosnia.

Kalau akaun provision no 2 saya ini menyebabkan jampi mentera LIM KIT SIANG untuk PRU 13 menjadi, hanya Allah sajalah yang boleh menyelamatkan kita semua. Nauzubillahlah kalau benda ni berlaku. Kita hanya boleh berdoa dalam masa 2 tahun ini pemimpin-pemimpin dan sultan-sultan kita cepat-cepat bertaubat, kembali pada Islam, itu ajalah kiranya. Ustaz dulu selalu cakap kalau pemimpin dah jauh menyimpang dan menyengutukan Allah, bahkan dah berani mencabar Allah, sombong dan bongkak mengata mereka lebih berkuasa dari Allah macam cerita zaman Firaun, zaman Raja Namrud, kita umat semua-semuanya sekali akan dapat siksaan dari Allah tak ada satu pun yang akan terlepas.

Jadi kita berharap kalau benar mentera Lim Kit Siang ni menjadi biarlah pasal akaun provison no 1. Ada baiknya juga jika kawan-kawan facebook saya bikin akaun provision macam saya, incase Anwar tak juga jadi PM, idaklah frust merana-rana. I know you all semua kaya raya lagi pandai tangkap ikan sendiri, tapi buatnya Anwar, tak jadi PM sebab Kit Siang malas nak keluarkan dia dari Sungai Buluh. Iyalahkan kalunya DAP dah lead dalam bilangan kerusi seperti sekarang, tak ka kecoh kalu dikeluarkan si Anwar tu. Dari lantik Anwar jadi PM, baik kasi kat Syed Husin Ali yang memang-memang dari keturunan sacred lagi ada phd dalam Economi, kelas dari LSE lagih.

Saya ada dapat mimpi apa-apa? Iyalah orang kata bila nabi dah tak ada mimpi itu salah satu dari 46 dari bagian kenabian. Oh mimpi Che Minah Laga-laga, muka bulat-bulat macam pinggan ni, mana boleh pakai dek non oiii, Syirik!!! Choiii touched wood. Korang nanti, semua-semua nanti ikut Che Minah, masuk neraka ramai-ramai, tak takut ka? Korang kena tanya apa mimpi Nik Aziz dan Syed Husin sendiri, sebab mereka ni keturunan sacred seperti yang tercatat dalam surah Al Ahzab ayat 33.


7:58 a.m. - 2010-03-10
Betul ka sayang, atau ....

Bila teringat balik satu dua humat dalam facebook yang takut orang lain-lain kapal politik berkongsi ilmu, saya teringat pula macam cerita orang Brahmin India yang kalau waima bayang orang pariah terkena pada badan dia pun itu najis dan si Brahmin ni tadi akan balik mandi cuci bersih-bersih. Jangan kita jadi sampai macam itu udahlah.

Memanglah orang yang makan rahsuah, berzina, berjudi dan ingkar perintah tuhan memanglah busuk dan jahat, tapi idaklah mereka ini dah jatuh bertukar menjadi najis pula. Sampai bayang mereka pun najis. Mereka tetap manusia yang perlukan sentuhan kemanusiaan.

Bercakap pasal kemanusiaan ini, memang ada segelintir kita yang suka layan orang macam binatang. Kalau mereka nak layan orang jahat ini macam binatang suka hati koranglah, tapi ni saya nak cerita pasal orang yang kuat mengutuk orang makan rahsuah, orang berzina dan berjudi lagi ingkar perintah Allah ini, apabila orang ini betul-betul bersua dengan orang yang dia benci dan keji-keji, apa reaksi mereka?

Saya adalah kenal adalah seorang hamba Allah tu yang benci sangat orang-orang macam ini, kita pun kenkadang kalau dia dah cakap tu, kita rasa nak tutup-tutup aje telinga kita. Bosan benda sama dia ulang-ulang. Pendek cerita satu hari mailah orang besar dari puak yang jahat ni tadi, bikin lawatan gitu. Saya fikir mesti dia MC dan pakat duduk kat rumah saja. Punyalah terkejut beruk saya nengoknya rupa-rupanya dia tuuttt tu hah duduk kat depan sekali, menyambut tamu besar yang diraikan itu.

Dalam satu hal, kira kenalan saya ini kunun sikit-sikit ada juga perasan sosialis pejuang marhaenlah gitu, wah kalau cakap sume pasal rakyat, rakyat ditindas, rakyat dizalimi gitu-gini. Kira Che Gu Vera, Antonio Gramsci Melayulah gitu. Fidel Castro Melayula gitu. Apa-apalah. Lagi sekali hero pejuang marhaen ini bikin saya terkejut besar bila satu ketika dia mengherdik pekerja hotel yang adalah terjatuh barang dan terkena pada dia. Aik kata hero Marhaen, anti kapitalis. Tapi dalam hotel yang sama, oi mak tuan bercakap dengan pengurus hotel siap berkirim-kirim salam dengan towkey hotel gitu.

Fitrah kita suka orang yang berjaya dan suksess. Mana boleh kita betah berkawan dan bertepuk-tampar dengan orang bawah-bawahan saja. Orang kata tak sioklah. Kita tak rasa malu memaki hamun tukang kebun, security gurd, kita kata mereka macam-macam, bodohlah, malaslah, lembablah itu pasal sekolah tak lulus periksa dan kerja bodoh-bodoh aje. Macam-macamlah yang kita sumpah seranah orang kerdil ini. Pendek kata kita pandang rendah pada mereka.

Tapi bila kita balik ke kelompok kawan-kawan kita yang rata-rata duduk di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, kita bercakap seolah kita sangat concern dengan nasib mereka, kita bimbangkan masa depan mereka dan sayangkan mereka. Tapi bila kita turun ke bawah, sikit punya salah silap orang marhaen ini pun kita akan bertela-tela memaki hamun mereka macam-macam sampai tujuh keturunan mereka pun kita maki dan babit-babitkan sama.

Ada sorang yang saya kenal tu, jenis yang cakap sikit punya bagus ngutuk ahli-ahli politik kitalah ni konon tak sayang dan sudah jauh dari rakyat. Pendek cerita satu hari dia pergi satu tempat perumahan urban yang eish saya sendiri kata pun, “ini rumah ka tandas?” dengan hancingnya, jenis agaknya bila dah mabuk tu main pancut aje mana sukalah tu. Memang kalau kita tak biasa memang kita rasa nak muntahlah. Kenalan saya tadi mak oiii membebel marahkan penghuni di situ. Macam-macamlah yang dia kata-kata, orang tak sekolah, orang bodoh, orang pengotor, binatanglah.

Ntahlah saya sudah nampak banyak benar kebencian di sana sini, jadi saya sangat skeptical dengan slogan-slogan juara rakyat, membela rakyat sebenarnya. Ntah-ntah kosmetik aje tu. Most of the time saya selalu berfikir do we really care for them or yang sebenarnya terpaksa take care of them, because if we don’t, this people will create havoc in the society. Masa tu kaya pun tak guna sebab masing-masing hidup dalam ketakutan. Takut kena rompak, kena samun, takut anak bini kene rogol, rumah pasal security banyak-banyak, tak cukup security tiap-tiap bulan pergi jumpa bomoh minta pendiding. Tak ka sengsara hidup kita namanya tu. Halah macam orang Israel tu, pasang tembuk tinggi-tinggi dan bazir duit beli senapang beli mesingan dok bedil orang yang tak berdosa dan bersalah.

Or worst, kita hanya pura-pura sukakan mereka untuk tunjuk kita ini penyantun dan orang baik lagi berpekerti mulia biar orang fikir kita ni baik dan sesuai untuk jadi wakil Rakyat. Lepas dah jadi wakil rakyat, hah pegi mampuslah sama ko, tak ada masa aku nak layan ko orang susah, orang bodoh, baik aku layan kawan-kawan kaya aku pergi main golf. Hak rakyat habis disapu dan diagih-agih sesama kawan baru dia yang kaya raya baik dari dalam dan luar Negara.

8:44 a.m. - 2010-03-09
ntah-ntah ko pun bulat juga

Semalam saya buka facebook kesian ada sorang sifu penyokong tegar Anwar Ibrahim, mengelejat-mengelejat kepanasan bila dituduh bermuka dua. Iyalah sapa tak marah, dah tua-tua rumah kata pergi kubur kata mari, dituduh-tuduh munafiklah pula. Apa salah sifu ini, dan kenapa pula ada orang sanggup menasihatkan sifu seolah sifu dah bikin satu benda yang bakal merosakkan sifu?

Ah ceritanya sifu dah tulis banyak buku dan dah suksess berniaga ni dah pergi berkongsi ilmu keusahwanan dengan wanita UMNO. Memang patut kalau sifu nak emosi pun, ai macamlah kawan tu budak-budak kecil lagi. Kut betullah UMNO ni memang jahat dan setiasa tak lurus dan baik hati mereka, busuk hingga ke usus dan penegur benar-benar bimbangkan sifu akan binasa, cakaplah baik-baik, cakap penuh hikmah, tak adalah kawan tu sakit hati. Apa gunanya FB sediakan Massage box. Saya kata orang macam tu memang sengal dan saja cari pasal minta kena balun balik.

Hari ini dihebohkan dan dibikinkan pula Mufti Perak sebagai dah teruk sangat pasal pernah nasihat kerajaan campuran PAS-BN di Perak. Saya pun tak taulah apa kena dengan orang PAS ni, kurang ajar semacam. Kita boleh berkurang ajar, tapi kalau kita kurang ajar dengan orang yang berilmu hai alamat susahlah kita.

Tak boleh cakap baik-baik ka? Even orang kuli kang, kuli sebarang kuli pun ada hak dilayan dengan baik. Satu yang saya tak berkenan tentang perkembangan terbaru ini cara orang PAS semberono aje mengata orang sebagai teruk. Macam dah tak ada budi bahasa lagi. Dah hilang terus sikap santun yang nenek moyang kita ajarkan. Kalau bercakap penuh dengan ancaman dan tuduhan prasangka yang tepu.

Saya ada pengalaman peribadi dengan penyokong tegar PAS. Mengamuk macam orang hilang akal dan melemparkan tuduhan yang teruk-teruk. Kunun dia ini ada ilmu, orang muka macam kita ni tak boleh percaya, bahaya, batu api, pemecah belah umat. Gasak kolah. Ntah dia ada belajarlah kunun orang muka bulat-bulat, pendek-pendek gemuk ini jahat, pendendam, suka menghasut, suka bermuka-muka, suka berperangsangka buruk, kuat cemburu, emosional, suka mengongkong, suka mengarah, suka bergaduh dan tengok orang bergaduh, suka ambil kesempatan…pendek kata perosak agama yang sangat pandai bikin semua orang hidup dalam suasana stress, tegang, resah dan berkeluh kesah.

Off courselah kita sedih dan marah, Fitrahnya manusia nak jadi manusia yang berguna dan tak menyusahkan, apatah lagi menstresskan orang lain. Kalau macam itu buat apa Allah ciptakan orang yang muka bulat-bulat macam saya. Saya fikir ramai perempuan di Malaysia ini yang bulat-bulat macam saya. Jadi semua tu jahatlah. Kalau macam tu apa guna Allah memerintahkan semua orang sembahyang dan berbuat baik kalau dah Allah tentukan nasib orang bulat-bulat ini tempatnya di neraka.

Tak kuasa nak lawan orang macam tu, diam dan biar hajalah dia mengeluarkan 1001 macam kebencian dia terhadap orang bulat-bulat gebu ni. Langkah saya mudah saja, no 1, saya mainkan dalam otak ayat yang berbunyi begini, biar orang benci kita jangan kita benci orang. I tell you, bukannya senang untuk tak benci dengan orang yang sah-sah bencikan kita dan berkempen satu ofis mengajak agar membenci kita, si bulat-bulat ni.
.
No 2 saya cakap lagi, tak ada orang yang suka dan boleh hidup kalau dibenci. Kalau tak suka orang benci kita, langkah pertama kita jangan benci orang. Lagi sekali saya putarkan step no 1. Biar orang benci kita, jangan kita benci orang. Saya buat benda itu berulang-ulang. Kita sebenarnya tak suka benci. Kita suka disayangi. Logicnya bolehkah kita meraih sayang dengan benci?

Lepas tu kita siasatlah diri sendiri apa tak betulnya yang bikin orang benci. Kalau dia benci sebab semata-mata wajah saya yang bulat-bulat, den minta mahaplah itu kejadian tuhan, berdosa kalau pi klinik ubah rupa. Lagi pun nak bikin ubah rupa bukannya murah. Itu masalah dialah eh. Kalau pasal perangai kita boleh ubah, kita ubah. Yang orang tak suka kita jangan buat. Senang aje. Semudah ABC. Yang penting jangan kalut-kalut kalau kita di benci dan disangsi dan diragukan segala tindak tanduk kita. Ko nak kata hapa katalah, kalau betul tuduhan dia, kita ada bikin benda tak elok, kita taubat dan minta maaf, kalau tak betul, saja semberono nak tuduh-tuduh dan lepas-lepas geram, serahkan pada Allah. Dia yang maha mengetahui setiap sesuatu itu.

Lepas kita dah buat semua tu, terpulanglah pada Allah, syurga neraka Allah yang punya. Saya menyakini Allah itu maha adil, mana mungkin Allah humbankan hambanya ke neraka hanya semata-mata hambanya itu bulat-bulat, gemuk-gemuk dan pendek-pendek.

Ok berbalik pasal mufti dan sifu yang diragui keikhlasan mereka itu, adakah mereka pun bulat-bulat, gemuk-gemuk dan pendek-pendek? Rasanyalah, dulu mereka muda-muda rincing-rincing, dah usia bertambah, hati senang, kenyang perut hapa lagi, bulatlah jawabnya. Pihak yang membuat tuduhan ragu itu bagaimana pula. Ntah 2 x 5 aje tak bulatnya.

2:20 p.m. - 2010-03-08
Kedekut Ilmu

Ayah pernah cerita pasal orang belajar silat. Biasa orang belajar silat dia kena bertapa untuk dapat ntah apa-apa ilmu saktilah. Ilmu apa kita tak tau mungkin dalam bentuk bunga-bunga silat yang hebat. Bila sesorang itu sudah berilmu, maka akan ada orang yang nak menuntut. Maka adalah guru silat dan adalah anak muridnya.

Ayah kata kalau guru ada 100 ilmu, dia turun 99, lepas tu guru yang ada 99 ilmu ini akan turun 98 ilmu saja. Penghabisannya ilmu silat pun luput. Ini lawak ayah yang mungkin ada ahli silat yang merasa kami bikin mockery pada mereka. Ayah cuma nak cakap perihal guru yang tidak menyampaikan semua ilmu yang dia ada. Takut. Takut anak murid lawan cikgu.

Ntah ayah ada bergaduh dengan orang silat, lalu dia berdendam kesumat memburuk-burukkan orang silat? Mungkin juga ha ha ha Nenek ada cerita yang ayah ada merajuk pasal silat ni dengan tuk jantan saya. Dia demam kena buah tangan atuk langsung tak nak turun gelanggang dan lebih suka belajar quran dari Tuk Fakeh, ayah kepada tuk jantan. Masa lapang ayah akan mengembala lembu sampailah hari ini ayah masih dengan teman setianya masa kecil, sapa lagi kalau tak lembu. Lembu ayah ada macam-macam nama. Ayah juga ada lembu baka yang sangat disenangi oleh pejabat haiwan daerah. Ayah selalu boasting lembu baka ini dah beberapa kali orang pejabat haiwan datang mengintai. Belum, “baby” ayah itu masih belum matang lagi. Kawan-kawan geng jaga lembu pun dah tempah baby ini. Kita orang, lembu jantan kita orang no hal nak kongsi-kongsi pun. Pejabat haiwan nak ambil sperma pun alright, bahkan jadi satu kebanggaan gitu adalah. Apa salah kita berkongsi baka yang baik. So far belum ada fatwa keluar menghalang kawen-kawenkan lembu cara ini.

Ok berbalik pasal ilmu. Dulu masa saya sekolah kami ada istilah kedekut ilmu, lokek ilmu. Saya hanya menemui istilah ini semasa saya bersekolah di Asrama Penuh. Masa saya sekolah harian tak pernah pula saya dengar istilah ini.

Tapi hari ini, saya fikir saya adalah antara manusia yang kedekut ilmu. Bukannya apa, ilmu apalah yang saya ada. Lagi pula saya tak berapa suka mengajar-ajar orang. Kita ajar lain, orang faham lain. Ayah pernah mengalami perkara yang teruk akibat muridnya misinterpreted apa yang ayah sampaikan. Pendek cerita heboh yang ayah bela jin dan bagi makan jin dengan tulang.

Cerita sebenarnya, ayah mengajar dan mengingatkan anak muridnya agar menaman tulang-tulang yang sudah dimakan dagingnya. Biasa orang makan sup tulang lembu, tulang sepah-sepah, ada dok pi bakar plak tulang. Biasalah kita orang kampung mana ada Alam flora pun, memang suka perun sampah, jadikan tanah bakar, jadi baja. Ayah kata tulang jangan bakar sebab tulang adalah merupakan makanan jin. Itulah saja ceritanya. Macam mana heboh jadi sampai ayah bela jin tak taulah kita nak kata.

Tapi sebab utama saya tak suka mengajar-ngajar orang ialah, saya sudah tengok orang yang mengajar itu dan ini akan melakukan perkara sebaliknya. Salah seorang ialah cikgu blog saya yang mengajarkan bahawa “an eye for an eye will make the whole world blind.” Ha ha ha. Itu dia mengajar tu masa dia tengah happy dan tak ada masalah. Nak dijadikan cerita Allah uji dia dengan masalah. Ternyata dia gagal mengingatkan apa yang pernah dia ajar. Tak kisahlah, kalau saya berada di tempatnya mungkin saya juga akan terlupa akan pesanan Mathama